Saturday, September 20, 2014

Kepuasan


Assalamualaikum

Pernah masa kau 'membuang' dan kau rasa tak puas akibat sedang mengejar masa? Urghhh... Perit kan?

Perlukah kepuasan semasa melakukan sesuatu?

KePUASan menulis blog
KePUASan mengajar
KePUASan masa bersukan

"Takpalah dapat gred apa pun, asalkan dapat kepuasan."

Tapi...
Macam mana nak dapatkan kepuasan tu? Syukur? Sungguh-sungguh?

Contoh dalam hidup saya sendiri, saya merasa sangat puas bila buat sesuatu yang nampak hasilnya dalam masa singkat.

Cuci kereta
Decorate bilik
Bersukan

Perkara-perkara tersebut buat saya puas. 


Saya cuba cari kepuasan dalam mengajar. Tak jumpa. 

Namun, ini bukan alasan untuk saya ponteng kuliah dan praktikum supaya saya ditendang keluar. Mungkin betul kata Ewi. Saya perlu buat benda lain selain mengajar untuk cari kepuasan itu. Sesuatu yang saya minat, mungkin?

Minat dalam bidang fotografi, makin pudar. Dapat rasakan lama-kelamaan nanti mungkin saya mengambil keputusan untuk menggantung kamera.

Mencuci kereta. Biarpun nampak lekeh. Saya berasa puas. Kecewa dengan hampir kesemua kedai cuci kereta dengan kualiti pembersihan mereka. Buat sebab duit. Bisnes. Sebab tu saya prefer basuh di rumah.

Harap saya masih ada minat lain yang belum jumpa. 😰


Wassalam