Thursday, July 24, 2014

Raya VS Praktikum

26 Ramadhan 1435

ASSALAMUALAIKUM....

Jika dibandingkan dengan bulan Ramadhan sebelum ni, tahun ni paling suram agaknya. Dengan kesibukan praktikum, cuti pun kurang, siapa yang suka macam ni? RPH pun tulis dengan cincai mincai ja. Patutnya waktu ni dah kalut buat kuih di rumah dan bukannya RPH. @_@


Tahun ni punya raya...
Baju belum ada...
Kad raya pun, first time tak bagi kat kawan-kawan...
Cuti pendek...
Bestie masih di Astralia...
Kakak pun tak balik...
Mercun langsung tak sentuh...


Tapi, aku syukur. Waktu ni la nak lupakan semua masalah IPG, masalah sekolah dan sebagainya.
Dan saya harap, masih ada ramadhan nanti, dan ada angpau macam dulu. :)