Wednesday, June 04, 2014

Dilindungi

ASSALAMUALAIKUM...

Terkenang masa-masa lalu...
zaman sekolah...


Sejak kecil lagi, saya memang seorang yang pemalu, rendah diri, sebabnya... mungkin cara saya dibesarkan.
Saya kurang bergaul dengan kanak-kanak lain. Kawan saya cuma Sarah, Mamat, Syahir, Kayon, dan Nisah. Yup, kakak, sepupu dan jiran depan rumah. Cuma ini ja kawan yang saya ada masa kanak-kanak.

Masuk ja sekolah, kawan pun ayah yang carikan. Sifat pendiam dan pemalu tu masih ada. Walau darjah 1 tu, saya jadi ketua kelas (unofficial), semua nak tunggu cikgu suruh. Selalu la pegang pembaris panjang, dan tunggu siapa berjalan memang kena ketuk la. 

Masuk darjah 3, selalu kena kacau dengan kawan. Kasaq pulak tu. Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk berpindah sekolah. Dan di sekolah baru ni, saya selalu sangat kena buli. Disebabkan badan saya kecil, dan selalu beratuq paling depan masa perhimpunan, ditambah pulak dengan malu yang mengalahkan malu-malu kucing ni.... saya selalu jadi bahan. Sampai la darjah 6. Masa tu semua orang dah fokus UPSR, semua pakat jadi baik belaka.

Naik ke sekolah menengah, semua pakat mula matang, tak pernah dah la saya dibuli. Malu tu macam dulu, tapi cara layanan kawan dekat kita dah jadi macam lain. Saya selalu dilindungi. Kalau kena kacau pun, kawan-kawan zaman sekolah rendah yang suka membuli tu la akan melindungi saya. 

Sampailah sekarang ni. Masuk maktab pun, ada senior yang protective.  Kadang-kadang tu, rasa macam "Tak patut depa layan aku macam ni, aku ni bukan rapat dengan depa pun..."

Kadang-kadang jugak, saya harap saya boleh jadi seperti sesetengah orang tu, mudah ja bergaul dan berkawan dengan orang lain, walau kali pertama jumpa. Terima ja la, saya bukan jenis yang ramah. 




ASSALAMUALAIKUM...


1 comment:

Anonymous said...

hermmm..tak peramah la sangat kannnn..hahahaha

-saya jelita saya ayu-

sila teka siapa saya