Monday, May 19, 2014

EXAM

ASSALAMUALAIKUM...

Telah aku pilih sebuah jalan. Tak mungkin dapat berpatah balik. Aku harap akan ada lebih banyak cabang semasa berada di jalan ini. 

Urghhh, salah satu perkara yang membuatkan saya benci sistem pendidikan negara ini. Semalam baru sahaja mendegar forum berkaitan sistem pendidikan negara.

Saya benci exam. Hari ni baca, esok lupa. I learned nothing. Saya suka belajar tapi tidak suka membaca. Lebih gemar membuat projek. Mungkin IPG ni bukan untuk orang seperti saya. Ya, peperiksaan membuatkan orang tertekan. Untuk apa saya dapat cemerlang? Adakah saya gagal dalam hidup kalau pointer Cuma 3.30? Apakah sekiranya saya dapat 4 flat, saya menjadi guru cemerlang? Ataupun sekadar untuk membanggakan orang tua? Membuatkan diri terleka sebentar dengan kejayaan yang dikecapi? 

Saya ingin merasai kepuasan belajar di sini. Tapi bukan melalui peperiksaan. Saya suka belajar buat video, claymation, membentang secara spontan, pendidikan jasmani. Oh, itu baru terasa nikmat belajar. Peperiksaan, buat kita down bila tak dapat apa yang kita nak. Berapa kali dah dapat 3.3+. Bayangkan bagaimana rasanya. "Aku ni memang tak pandai, tak payah pulun dah la. Result komfem macam tu jugak."

Uih, esok exam. Ok. Tak bersedia. 

ASSALAMUALAIKUM

No comments: