Monday, May 19, 2014

EXAM

ASSALAMUALAIKUM...

Telah aku pilih sebuah jalan. Tak mungkin dapat berpatah balik. Aku harap akan ada lebih banyak cabang semasa berada di jalan ini. 

Urghhh, salah satu perkara yang membuatkan saya benci sistem pendidikan negara ini. Semalam baru sahaja mendegar forum berkaitan sistem pendidikan negara.

Saya benci exam. Hari ni baca, esok lupa. I learned nothing. Saya suka belajar tapi tidak suka membaca. Lebih gemar membuat projek. Mungkin IPG ni bukan untuk orang seperti saya. Ya, peperiksaan membuatkan orang tertekan. Untuk apa saya dapat cemerlang? Adakah saya gagal dalam hidup kalau pointer Cuma 3.30? Apakah sekiranya saya dapat 4 flat, saya menjadi guru cemerlang? Ataupun sekadar untuk membanggakan orang tua? Membuatkan diri terleka sebentar dengan kejayaan yang dikecapi? 

Saya ingin merasai kepuasan belajar di sini. Tapi bukan melalui peperiksaan. Saya suka belajar buat video, claymation, membentang secara spontan, pendidikan jasmani. Oh, itu baru terasa nikmat belajar. Peperiksaan, buat kita down bila tak dapat apa yang kita nak. Berapa kali dah dapat 3.3+. Bayangkan bagaimana rasanya. "Aku ni memang tak pandai, tak payah pulun dah la. Result komfem macam tu jugak."

Uih, esok exam. Ok. Tak bersedia. 

ASSALAMUALAIKUM

Friday, May 02, 2014

11 Bulan

ASSALAMUALAIKUM

Keyboard rosak, tak dapatlah tulis panjang-panjang.

Bulan 7... bulan 8... bulan 9... 2014... Bulan Mei dah!!
Bulan ini masuk sebelas bulan dah. Perlu bertahan 11 bulan lagi InsyaAllah!! :)

Cuba refleksi balik. Banyak pahit daripada manis. Biasalah. Awalnya pahit tapi pengakhirannya manis. Itu yang diharapkan. Ramai yang pilih manis pada mulanya, tapi penghujungnya pahit. Manis dari mula dan tetap manis pada hujungnya takkan sama. 


Semester ni, saya gagal. Mengumpul duit, mencari ilmu, memantapkan diri sebagai persediaan. Kesibukan, jawatan bukanlah alasan. Mungkin salah strategi. Takpalah, anggap semester ini sebagai percubaan. Cuti ni saya buat perancangan yang jauh lebih baik!



Masih banyak rahsia hati (asrarul qalbi). Tak dapat nak luah meskipun mulut dipaksa bercakap kerana hati itu misteri.

Ok, nak hadiahkan satu lagu!!!

Bintang hati


Bintang-bintang berkerdipan 
Hanya satu mengusik pandang 
Hanya satu antara seribu 
Pilihanku

Berkerdipan menghiasi 
Hanya satu bintang di hati 
Hanya dikau dalam seribu yang telah 
Menawanku

Datanglah ke dalam hidupku 
Bawakanlah cahaya cinta mu 
Datanglah ke dalam hidupku 
Kini dirimu aku rindu 

Di mataku kau berbeza 
Kilauanmu menyentuh rasa 
Kaulah bintang bersama cahaya 
Tersembunyi

Bintang hati kau penyeri 
Ku dambakan kasih sayangmu 
Geloraku setiap waktu berlalu 
Kau ku tunggu

Bintang-bintang berkerdipan 
Yang datang mengusik pandang 
Kau satukan antara seribu pilihanku 
Hanya kau ku rindu


:'(
*Psttt.. sori yassin. Lepas ni x dgar dah lagu Siti masa mandi.


ASSALAMUALAIKUM