Wednesday, April 16, 2014

Sukan, usaha VS bakat

ASSALAMUALAIKUM...

Wah, dulu mengutuk sakan sukan ni. Tapi bila main tu, ketagih kot. Alhamdulillah, banyak improvement walaupun tak sampai 10 kali main. Of kos la bersaing dengan Yassin. Belajar bersama dari beberapa orang sifu. Tak pernah terfikir pun nak main sukan ni sebab dulu bagi saya sukan ni macam untuk orang pemalas. Berdiri saja di situ dan tunggu bola. 


Ok. Setakat ni, ini bukanlah sukan paling susah yang saya mainkan. Yang paling susah setakat ni tenis kot. Tapi konsep dia sama. Cuma jarang main dan tiada orang ajar.  Mungkin sebab saya ni jenis yang boleh main semua sukan tetapi tidak pakar dalam mana-mana pun. Ini bukan bakat tetapi mungkin fizikal saya yang membolehkan saya bersukan. By the way, bakat dan usaha, mana lagi penting?

Mendengar cerita oleh Encik Roslan, membuka mata saya betapa usaha itu penting meski kau dilahirkan berbakat. Lihat Lee Chong Wei. Cuba lihat bagaimana dia berlatih. Dia korbankan masa untuk keluarganya semata-mata nak memperoleh title no 1 dunia.  

Gahhhh... malas mau cakap panjang. Jom berusaha dan jadi pakar dalam masa 1 tahun.
Bertekad mau ajar anak dua sukan ni masa kecil. Badminton dan pingpong. Bola sepak semua tu tak payah. Hitam muka nanti. Hihiew.


ASSALAMUALAIKUM....


No comments: