Thursday, March 06, 2014

Ujian

ASSALAMUALAIKUM...

Ya Allah...

"Sungguh, kalau tiada 'kaki' yang menyokong pasti aku sudah rebah."

Ujian Allah,
datang bertalu-talu,
tidak kuduga begini beratnya,
hanya menunggu masa untuk kecundang,
mungkin.


Masalah oh masalah...
Belum selesai satu masalah,
datang lagi satu. 
Selesai satu masalah,
dua pulak yang datang.

Suruh tu suruh ni,
tugasan bilalah dapat sentuh?
Allah uji saya dengan masa,
24jam tu, adakah saya gunakan sebaiknya.

Kawan,
sorang ni merajuk sorang tu pun merajuk,
Siapa kata seronok kawan lelaki?
Semuanya susah nak jaga.

Hati,
rapuhnya mengalahkan kaca,
mujurlah hati tu cuma satu,
tapi itu pun aku tak dapat jaga.

Duit,
bukanlah segalanya,
tapi mampukah hidup,
tanpa helaian 'kertas' itu?


"YDP kena dapat dekan."Ustazah Sarimah. Kalaulah dia tau macam mana belajaq sains ni... T^T

"Minggu depan tolong jadi tukang ambik gambar sekian sekian..." Saya memang tak buzy pun. Setiap minggu mesti kena pegang kamera kan.

"Kami berharap YDP boleh menaikkan semula martabat JPP IPG Teknik tahun ni. Oleh tu, kita kena buat bla...bla...bla...Eh, kenapa YDP kita diam ja ni dari tadi?" Padahal setiap mesyuarat macam ni. Mesti banyak suara-suara tak elok kan tentang YDP ni.

"Esok sila bayar duit sekian...sekian.. lusa bayar duit baju. Ok, kena beli baju ni, wajib."
Ok, duit memang banyak pun. Sampai tak terbelanja. T^T
Saya hidup dengan duit tak sampai rm200. Cukup agaknya sampai bulan 5 nanti?? Oh. praktikum tak payah pakai duit pun kan???


Cukup.

Cukup berat.



Seseorang pernah mengingatkan, ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita...

Ujian ini untukku. Biarlah aku mengharunginya sendiri. I can do it. Maybe.


Sabar, walaupun payah.....

ASSALAMUALAIKUM...




1 comment:

Sven Medyona said...

Tanpa kaki, Judding takkan dapat berlari pantas :3