Saturday, March 29, 2014

Cuti-cuti pendekku



ASSALAMUALAIKUM...

Seminggu..
7 hari...

Macam lama kan??

Hari ni dah Sabtu bro. Marilah berpacking-packing. Sob3...
Begitu pendek, dan padat. Sibuk dengan tugasan. Tapi tak sentuh pun. Kemana saya menghabiskan masa tu??



Jeng...jeng...jeng... Umar dah pandai merangkak ni, jenuh la nak mengejaq dia. Ada orang cakap umar macam dah besaq banding dulu. Mesti la kan? Yang mengecik cumalah perut pakcik dia ni. Hihiew...
Dulu Umar macam lagi comel kan?? Rambut panjang kot. Baby ni dah besaq baru nampak dia cerah ka gelap. BTW pakcik dia pun makin gelap. Tahun depan tobat takmau join dah KOT.


Ok, cuti ni  memang banyak plan tak jadi.
Kepada orang tu..
Mintak maaf sebab tak sempat singgah rumah. T^T

Mintak maaf tak hantaq sampai balik rumah... T^T

Mintak maaf buat anda jeles.... T^T

Mintak maaf hilangkan huruf 'A'  T^T


Jahatnya aku sejak semenjak ni. Bak kata Kodi, Din...please behave.

Ayuh, ke dunia kesibukan semula.


ASSALAMUALAIKUM...








Thursday, March 06, 2014

Ujian

ASSALAMUALAIKUM...

Ya Allah...

"Sungguh, kalau tiada 'kaki' yang menyokong pasti aku sudah rebah."

Ujian Allah,
datang bertalu-talu,
tidak kuduga begini beratnya,
hanya menunggu masa untuk kecundang,
mungkin.


Masalah oh masalah...
Belum selesai satu masalah,
datang lagi satu. 
Selesai satu masalah,
dua pulak yang datang.

Suruh tu suruh ni,
tugasan bilalah dapat sentuh?
Allah uji saya dengan masa,
24jam tu, adakah saya gunakan sebaiknya.

Kawan,
sorang ni merajuk sorang tu pun merajuk,
Siapa kata seronok kawan lelaki?
Semuanya susah nak jaga.

Hati,
rapuhnya mengalahkan kaca,
mujurlah hati tu cuma satu,
tapi itu pun aku tak dapat jaga.

Duit,
bukanlah segalanya,
tapi mampukah hidup,
tanpa helaian 'kertas' itu?


"YDP kena dapat dekan."Ustazah Sarimah. Kalaulah dia tau macam mana belajaq sains ni... T^T

"Minggu depan tolong jadi tukang ambik gambar sekian sekian..." Saya memang tak buzy pun. Setiap minggu mesti kena pegang kamera kan.

"Kami berharap YDP boleh menaikkan semula martabat JPP IPG Teknik tahun ni. Oleh tu, kita kena buat bla...bla...bla...Eh, kenapa YDP kita diam ja ni dari tadi?" Padahal setiap mesyuarat macam ni. Mesti banyak suara-suara tak elok kan tentang YDP ni.

"Esok sila bayar duit sekian...sekian.. lusa bayar duit baju. Ok, kena beli baju ni, wajib."
Ok, duit memang banyak pun. Sampai tak terbelanja. T^T
Saya hidup dengan duit tak sampai rm200. Cukup agaknya sampai bulan 5 nanti?? Oh. praktikum tak payah pakai duit pun kan???


Cukup.

Cukup berat.



Seseorang pernah mengingatkan, ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita...

Ujian ini untukku. Biarlah aku mengharunginya sendiri. I can do it. Maybe.


Sabar, walaupun payah.....

ASSALAMUALAIKUM...