Thursday, February 27, 2014

Kita sahabat, usahlah dipendam, :)

ASSALAMUALAIKUM...


Sahabat, 
andai ada yang melukakanmu,
usah dipendam,
kerana aku sedia mendengar,
aku rela menerima kata-kata kesat,
ia tidaklah sepedih sekarang.

LUAHKAN....

Maaf....


ASSALAMUALAIKUM...



Saturday, February 22, 2014

Bahagia ^_^

Jujur, sering bermain di fikiranku sejak-semenjak ini. "Eh, kenapa perlu kahwin eh? Hidup ni mesti nak bahagia kan? Hidup bujang tak bahagia ka?"

Satu hari tu, terbaca satu artikel, yang terus mengubah pandangan saya terhadap perkahwinan.

Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.

”Bang, bahagiakah kita?”

Masih terngiang-ngiang pertanyaannya lewat bual kami menjelang tidur.

”Bahagia itu di mana?” tanya saya semula.

Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.

“Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama,” kata saya.

Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan… sukar dibezakan.

Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang… jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.

Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami…

”Apa perasaan mu?”

Dia senyum.

”Saya bahagia.”

”Hari ni boleh jadi bahagia… tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya….” kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya ’mentari’ kehidupan pun menyala petanda ’bulan’ bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.  

Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam… saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga – itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan… mujur hati sering diingatkan – dia adalah ’hadiah’ Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?  

Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan… pelayaranpun diteruskan.

”Bahagiakah kita?”

Soalan itu kembali mengusik rasa.

”Di mana bahagia itu?”

”Di hujung atau di pangkalnya?”

Lalu saya temukan jawapannya…

”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

”Bahagia itu apa?”

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan  rasa. Mampukah?

”Bahagia itu ketenangan!” kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.

”Ketenangan itu apa?”

”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”

”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang.”

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama… terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: ’Bang, bahagiakah kita?”

”Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”

”Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

”Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?”

”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”

”Kenapa?”

”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…”

”Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam.”

Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya… Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:

”Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek… entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa… musnahlah kita.”

Lalu dalam suram kamar yang sederhana… saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku… kita bahagia!

Betul, Allah s.w.t sendiri berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum 30:21)


Moga Allah rehda... :)

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, February 19, 2014

Hati sendiri VS Hati kawan

ASSALAMUALAIKUM...

Ermmm... seringkali kita keliru, mana satu hendak kita jaga? Mana satu yang perlu kita utamakan??

Hati sendiri atau hati kawan?
Biasalah, kawan pun ada banyak jenis. Ada yang sensitif, ada yang pentingkan diri. Kita pula kawan yang macam mana? sensitif? pentingkan diri?

Kalau nak cerita pengalaman sendiri, memang banyak.
Sekarang ni pun tinggal dengan kawan yang 'annoying'. Siapa yang rapat dengan saya tu kenal lah. Tapi sebagai seorang kawan, memang saya dapat bersabar. Bila terasa 'annoyed' sangat tu, saya cuma diam ataupun 'miaooowwww' ja kat dia. Nanti dia stop la. Setel. Ni cara terbaik kot nak jaga hati kawan walaupun hati kita sakit.  Better kan dari membalas perbuatannya dengan makian ataupun cercaan ataupun paling tak pun 'annoy'kan dia balik.

Jadi, nak jaga hati sendiri ka nak jaga hati kawan ni?

Nasihat saya, tengok pada keadaan. Kalau kawan tu jenis yang sensitif/pendendam, saya akan cuba utamakan hati dia. Kalau dia tu jenis yang tak kisah/mudah melupakan dan memaafkan, saya akan jaga hati saya dulu.


ASSALAMUALAIKUM...

Monday, February 17, 2014

Homesick dan kuih

ASSALAMUALAIKUM...

Urghhh... dah lama ni tak balik. Memang 'sakit rumah' la kebelakangan ni. Bila rindu rumah, mula la terbayang makanan yang saya selalu makan. Kali ni saya nak kongsikan kuih yang mak suka buat, dulu. Sekarang ni mak cuma goreng cucur pisang atau cucur udang  memandangkan famili kami sangat suka cucur tersebut. Kuih=cucur? Entahla, tak pernah ambik kisahpun. Janji perut hepi.

Tak pasti ni ka iklan yang saya cari. Almaklumlah main letak ja, bukan boleh play pun guna wifi.

Kuih buatan mak yang menjadi kegemaran sepanjang hayat:



  1. Kuih apom - Patutnya apam kan? tapi kami panggil apom. Gebu, putih, warna lain pun ada. Tapi kaler putih la paling sedap. Ker sama ja??? Nak buat macam susah. Nak cuci tu lagi susah sebab melekat kat acuan. Simpan dalam peti ais, memang thorbaiikkkkk!!!





  2. Kuih Ayu- Ermmm... tak pastilah suka kuih ni sebab kuih ka sebab nama dia~ Sebenarnya saya suka yang hijau tu ja. Selalunya kelapa tu buang ja. Hahaha... sekarang ni nak merasa time ramadhan ja la kan. Cara nak buat pun tak berapa ingat dah.




3. Cucur keria- Urmm.... terliur menyebutnya. Memang part nak goreng dengan gula tu la paling menarik. Kena guna ubi keledek kalau tak silap. Paling sedap setakat ni yang arwah nenek buat.


4. Kuih ketayap- tak pasti dari mana asal-usulnya. Mungkin tukan masak masa tu tengah masak something dan kemudian terpelanting atas kepala menjadi ketayap. Dalam ada inti kelapa dan gula merah. Memang manissssssssss~ 


5. Kuih sagu- Selalunya memang warna merah. Ermmm... saya suka lagi bila makan tanpa kelapa. Hahah.. terasa manisnya~

Kalau diikutkan banyak lagi ni. Tapi ni antara kegemaran saya. Semua kuih yang saya suka manis-manis belaka. Belum lagi sebut kuih cara dan kuih melaka~

Makin disebut makin rindu pada rumah ni. Lebih baik berhenti noh. :p

ASSALAMUALAIKUM~


Sunday, February 16, 2014

Gembira? Takut? Sedih?

ASSALAMUALAIKUM...

Hurmm... sejak semenjak ni memang hati ni tak menentu. Kejap gembira, kejap takut, kejap sedih, kejap tensyen, kejap nak menangih. Teringat waktu dulu di Cheras, bila jadi macam ni, mesti start moto pi TESCO Cheras. Beli sirap ais jeli. Memang perghhh... lepas tu singgah tempat karaoke. Layan sorang-sorang. Tu dulu la. Kalau ada duit lebih, memang balik rumah.

Dah seminggu dilantik jadi YDP. Secara rasminya, baru beberapa hari. Macam-macam benda tak elok saya dengar. Eh, lantaklahhhh. Jangan lupa saya tetap manusia, jangan lupa saya tetap hambaNya, jangan lupa saya tetap seorang guru pelatih macam anda. Banyak benda saya kena buat. Harap ditegur kalau silap, yang kurang tu terimalah. Memang sifat manusia itu banyak kekurangan. Saya tak tegas, saya penakut, saya tak pandai bercakap. 

Perlukah semua itu? Bagi saya lebih baik mencontohi kepimpinan para nabi. Ambil sifat-sifat nabi sebagai pegangan. Amanah, bila buat kerja, buat bersungguh-sungguh. Baru orang percaya. Fathonah, buat apa pun mesti menampakkan kebijaksanaan. Bukan main hentam ja ikut kesenangan diri sendiri. Siddiq? semestinya. Seorang pemimpin tak perlu pandai bercakap. Cukupla mulutnya yang berkata benar. Banding dengan pemimpin sekarang, cakapnya petah tapi sikit ja yang boleh percaya kan??


Topik lain

Dua barang yang paling saya sayang di sini...
Hampir 4 tahun, susah senang diharungi bersama.

Sudah jahit, masih terkoyak. Berat sangat tugas menggalas ilmu.

Tumit dah berlubang. Menanggung tuannya yang berat tulang ni. Lain kali jalan jangan seret kaki.

Kedua-duanya dah sangat uzur. :( Tolong bertahan lagi setahun. Please?


ASSALAMUALAIKUM...

Monday, February 10, 2014

Busy?

ASSALAMUALAIKUM...

Uwaaaaaa..... ceh, mengada.
Eh, tapi serius minggu ni dan minggu lepas paling terasa kesibukannya. Jadual makan pun tak menentu. Dah seminggu tak dak dapat breakfast shake. 

Baru beberapa hari, tapi bahangnya tetap terasa.
Ya, saya memang baru. Zero kot pasal JPP. 

Saya dah pernah jadi ketua untuk beberapa program. BIG la, inovasi la, ketua kelas la, dll tapi masih jugak banyak kelemahan. Nak list pun macam banyak sangat.

Namun, harapan yang diletakkan sangat tinggi di bahu yang kecil ini,
Satu jabatan Sains...
Jabatan Hep...
Senior-senior sains...
Kawan-kawan dari IPG lain....

Sob3... berat..berat...

Tapi amanah tetap amanah.
Bak kata Ustaz Yusoff, Tanggung+jawab.
Memang berat tugas ketua. Kena jadi macam helikopter. Pantau orang dari atas. Ketua bukan runner yang buat ja semua kerja. 

Eh, saya bukan orang macam tu. Memang tak suka susahkan orang lain. Kalau kena suruh memang buat sendiri. Oh, memang susah nak ubah.

Busy? Normal. Tapi sem 5 memang. Boleh tanya semua semester 5. Budak sains? Cerap bulan 2 jam setiap malam untuk 2 minggu. Kelas ganti? Hari-hari sampai petang. Masa tidur tengah hari dah tiada. Makan pun tak menentu. Berat dah turun 1kg. Hebat~
Memang perasan pun makin kurus...Stress..stress...
T^T

Barisan baru JPP tahun ni. Ada dua orang bekas JPP. Alhamdulillah. Memang banyak nasihat.

Pengarah, pensyarah, senior, kawan-kawan, semuanya mengharapkan kami jadi ejen perubahan. Dan saya, mestilah sebagai penggerak.

Doakan kami.




ASSALAMUALAIKUM...

Monday, February 03, 2014

22, yet...still ch*ld*sh

ASSALAMUALAIKUM...

"Budak hingusan."

Sentappp... masa tingkatan 2 dulu ada budak pompuan sekolah saya pernah kata macam ni. Lepas SPM dulu saya ingatkan balik kat dia. Syukur dia mintak maaf jugak. Tapi saya tau dia memang maksudkan pun.

"Pehal makcik tu, ushar pelik ja aku bawak keta. Gelak-gelak lagi tu. Ok, tak payah nak teka."

"Anak hang tingkatan berapa dah la ni?"


Psttt... Ni baru sebahagian. Malu dah nak tulis.

Sejak sekolah rendah lagi saya dah fikir pasal ni. Macam mana la saya besaq nanti. Masuk tingkatan 1 pun tinggi baru 130cm gitu. Bila dengan kawan-kawan tu kadang-kadang tak rasa macam member pun. Rasa macam junior pun ada. 

Selalu jugak saya tanya orang. Kawan Lelaki dan perempuan.

"Aku ni nampak macam bebudak ka?"

"Jawapan Din pun macam budak-budak." Jawab Kak Y****

Ok, jawapan daripada member-member laki tak payah la tulih. Yang penting semua jawapan lebih kurang, ayat ja lain.

Eh, tunggu. Ni ada janggut~ Ada nampak tua 4-5 tahun dak???

"Hahaha...Din, budak sekolah pun dah ada janggut."

Member ni awat la jujur sangat time-time ni... mwahaha... T^T

Cuba fikir positif!!!

Mungkin saya ni orang saiya. Orang saiya memang takkan nampak tua.

Mungkinkah??? Oh, angan-angan waktu kecik.

Seronok pa. Budak-budak sekolah suka cikgu-cikgu muda. Tambah-tambah murid gegurl kan. Berdasarkan pengalaman 4 kali SBE, memang macam tu pun. Cikgu muda+kemas+bergaya memang jadi hot stuff. Senang sikit nak ambik hati murid-murid.

Tapi, kadangkala tu, terpikiaq gak, macam mana masa kahwin nanti?
Apa kata makcik pakcik yang hadir?

"Uih, pengantin laki ni sekolah lagi ka? Kawin awai ni mesti ada apa-apa ni?"

Di sekolah nanti pun, komfem ada ayat-ayat tak sedap telinga.

"Cikgu baru ni macam muda sangat. Tak boleh harap kot ni."


Dulu pun ada gak risau, macam mana masa nak jumpa bakal mertua?
Mesti depa reject sebab saya nampak macam belasan tahun lagi. Boleh ka depa terima saya nanti?? Boleh harap ka saya ni?? Fuhhh... at least satu dah lepas. Tinggal yang lain-lain tu.


ASSALAMUALAIKUM...