Wednesday, January 22, 2014

Sirru Qalbi

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ni biarlah saya buka dengan kata-kata yang dikongsikan oleh Sheikh Yusof Muhyiddin semasa lawatan beliau ke Malaysia tahun lalu.
Antara benda yang disebut beliau ialah "Cinta itu tidak memerlukan sebab..." Kalau ada orang tanya kenapa kau cinta dia, kalau kau boleh jawab itu semua bohong belaka. Tapi jujur kalau saya sendiri ditanya soalan begitu, memang saya hanya seribu persoalan menjadi jawapan. Hmmmm... kenapa eh? Kata Sheikh, sebab cinta tu wujud sebelum manusia sendiri dicipta. 


Bila nak sampaikan perasaan saya pun, tak mungkin saya dapat sampaikan semuanya. Mungkin sebab 1, hubungan perlu ada batasan dan 2, tak mungkin saya dapat sampaikan semuanya apa yang ada dalam hati ini... sebab hati ni adalah tempat menyimpan rahsia, yang paling selamat...dan.....






Perempuan yang aku cinta

Bermula aku mengenalimu,
Aku bergerak mencari,
bukan mudah,
tetapi tidak pernah aku berputus hati,

Engkau yang indah bukan kerana wajah,
Engkau yang cantik bukan kerana pangkat,
Yang bergemerlapan kerana agama,
Yang bersinar kerana akhlaknya,
Aku cari dikau,
wahai perempuan yang aku cinta.

Bercita-cita ingin bahagia,
kerana aku yakin engkau akan mengharapkan yang sama,
perkahwinan yang bukan kerana nafsu semata,
tetapi untuk menjaga diri kita, dan memperjuangkan agama,
Membina keluarga,
agar lahir daripadanya askar-askar tuhan kita.

Aku mencintaimu sepenuh jiwa,
kerana aku yakin, engkau tangga aku kepada-Nya,
sebab itu aku tidak pernah lelah mencintaimu,
kerana dasar cintaku adalah Dia.

Telah aku lamar seorang perempuan,
Aku kira engkau adalah dia,
Aku berharap engkau adalah dia, 
boleh jadi bukan,
boleh jadi ya.

Apa pun pilihan aku,
Engkau tetap yang paling aku cinta, 
aku hanya manusia biasa,
sedang engkau adalah bidadari layaknya,
mungkin engkau juga terlalu tinggi,
hingga tidak wujud di dunia ini,
kalau engkau tiada dalam perempuan yang aku lamari,
maka aku berharap kita bertemu di syurga nanti.

Kerana engkau sahaja yang aku cinta,
bukan tunangku,
bukan yang nanti menjadi isteriku,
melainkan dia adalah engkau,
maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku...

Walau perempuan yang aku cintai,
sungguh diri ini merindui...

Hilal Asyraf...

Aku berharap dia adalah engkau,
berusaha ke arah itu...

Sabar+Yakin+Percaya.. ^_^

*Seminggu lagi

No comments: