Saturday, January 11, 2014

Sekali suka selamanya pun suka...

ASSALAMUALAIKUM...

Ehem3... suka apa ni? ka suka siapa???

Eh, nak cerita saya ni memang suka makan. Tapi dalam banyak-banyak makanan kegemaran, semuanya dari rumah. Saya ni orang kampung, jadi jangan expect la makanan kegemaran saya ni chicken chop atau pavlova.

Sejak kecik dulu,
Saya suka makan nasi dengan kicap. Tak berlauk pun tak kisah. Saya dan kicap ni bagaikan 'best buddy' gitu, memang tak dapat dipisahkan~ nasi tanpa kicap bagaikan cempedak tanpa isi. Nasi tu ibarat biji ja, kicapnya pula ialah isi cempedak. Memang tak boleh nak makan. Bila mak buat laksa, saya ambik laksa dan taruh kicap. Nyum3... 

Dulu,
Bila arwah nenek goreng ikan 'isi' (tak dikenali ikan apa tapi bahagian badan), saya ambik nasik ngan ikan tu, kemudian gaul macam selalu dok bagi kat kucing tu. Simple tapi memang sedap gilosssss~
Tak payah nak serabut pilih lauk. Rasa macam makan nasi berperisa ikan pun ada. Masih menjadi feveret tau sampai sekarang~

Dulu,
kalau mak goreng ikan kering, pun saya akan makan dengan nasi kosong sahaja. Saya cubit sedikit isi ikan, lepas tu ambil segenggam nasi, dan buat bentuk bola. Jadilah sushi versi orang kampung~ nyum3.... senang ja nak ngap~ Tapi syaratnya nasi tu mesti panas~


Tapi, dalam banyak-banyak makanan/lauk yang saya suka, ada 3 yang saya sangat3 suka... 
sampai mati mungkin....

1. Sambal tumis udang petai versi mak/nenek- Uish, kalau hampa try rasa, memang ketagih kot... tengok la adik-beradik kami semua suka petai sebab masakan ni la. Kalau waktu malam tu mesti saya akan ratah sampai licin periuk... memang dilabel gila petai di rumah. Dah tu suka dok 'mbuihhh' (tiup) kat kakak2 sebab nak bagitau makan petai~

2. Tomyam. Kalau nak banding tomyam kedai dengan tomyam di rumah. memang jauh beza. Kat rumah macam-macam bahan kami letak. Serba lengkap dengan protein dan sayurnya. 

3. Dadih. Nyum3~ baru sebut pun dah meleleh air liuq dan peluh~ Setakat ni, belum ada dadih yang lagi sedap dari dadih yang orang kampung saya buat ni... dah 10 tahun lebih dah tak makan dadih tu. Sob3...


Untungkan kurus ni,
Macam-macam saya boleh makan~ tetap kekal sihat~ hihiew (ayat penyedap hati) T^T

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: