Monday, January 20, 2014

Pinjam/hutang

ASSALAMUALAIKUM...

Emmm... 'pinjam' ni boleh jadi satu kata kerja yang paling femes terutamanya musim elaun belum masuk ni. Jujur saya ni memang tak suka meminjam walau dengan keluarga sendiri. Selalunya hutang pun masa order makanan dengan member. Lepas makan, bayar la. Settel. Tapi bila member ajak keluar makan, jujur terus cakap takdak duit. Member mesti paham. Mesti dua ayat ni yang dia akan balas :-

1. "Takpa bro, aku belanja la sikit minum-minum ka."
2. "Emmm... hang mintak la kat pak hang sikit..."

Selalunya kami 'lelaki' akan pilih option 1. Member baik bro. Hari ni gua belanja lu, esok lu belanja gua bila lu ada duit. Pssttt... tak semua orang macam ni tau. Saya boleh buat macam ni pun sebab member orang baik-baik belaka.

Jadi tujuan saya menulis ni sebenaqnya nak kongsi cara-cara nak elak orang dari berhutang atau meminjam dengan kita. 

1. Cakap ja kita tengah tak berduit. "Aku tengah pokai la sekarang ni, kalau boleh memang aku pun nak pinjam dengan orang lain, tapi orang lain pun mesti tengah pokai macam aku."
2. Cakap ja kita dok simpan duit. "Tak boleh la, aku nak kawin ni. Kau pun tau kan. Nanti kau gak yang nak rasa nasi minyak aku. Ke taknak?"
3. Bawak ja duit syiling banyak-banyak. Bayar guna syiling. Kalau dia nak pinjam bagi ja duit syiling. Komfem dia tak jadi pinjam. 
4. Buat dokumen perjanjian untuk pinjaman. Sekali dia nak pinjam, isi la borang pinjaman. Bila dia rasa susah, komfem dia tak pinjam. Mintak salinan ic, lesen, dsb.


Gua nak ke kelas dulu, kalau ikutkan banyak lagi ni... ok la... apa boleh buat...


ASSALAMUALAIKUM...


No comments: