Wednesday, January 29, 2014

Luahan hati lelaki VS wanita

ASSALAMUALAIKUM...

Saya, kalau nak mintak pandangan, mesti cari orang yang lebih tua ataupun, paling kurang sebaya lah. Terutamanya kalau nak tanya soal wanita, mesti saya tanya 'akak-akak' kelas (bro nad dikecualikan~ hihiew). Even soal lelaki pun tak semuanya saya boleh jawab. Kadang-kala tanya jugak abang-abang senior. Paling tidak pun tanya si Ewi. 

Baru-baru ni saya dengar la luahan sorang akak ni. Macam biasa la saya akan kongsikan kisah saya dan dia akan kongsi kisah dia. Ada jugak la saya kongsikan rahsia lelaki. Wanita tak patut tahu benda ni sebab boleh menjejaskan kepercayaan mereka terhadap lelaki. 

  1. Lelaki walaupun dah beristeri 4, dia tetap akan tengok perempuan lain. Kalau dah beristeri pun macam tu, yang tiada ikatan langsung ni, lagi la kan? Mungkin lelaki memang dicipta sebegitu. Saya akui saya pun menghadapi masalah begitu. Fitrah lelaki suka tengok benda cantik. Pantang pompuan lalu... fuhh.. mata mengalahkan lens nikon 85mm dengan aperture F1.4.

    Perkongsian oleh abang Hafiz, lelaki melihat 70% kecantikan perempuan, 30% tu baru benda lain.  Ni fakta ok. Sebagai lelaki, sekali lagi saya akui. Itu benar. Pantang nampak perempuan lagi cantik, hati dah mula goyah. Mula lupakan dia sedang menyimpan hati seseorang.

    Jadi, apa langkah yang patut diambil bagi mengelakkan perkara tersebut? Jum buat ni. Pertama sekali, tak salah kalau nak tengok kecantikan. Cuma kalau boleh utamakan apa yang patut. Tengok agama dia dulu, dan anggaplah kecantikan tu sebagai bonus. Dan kalau nak setia, kena belajar keraskan hati. Nak kena simen ka bagi keras? Ala, jaga mata, setel. Ingat senang kah!!!! Keraskan jugak hati. Jangan bagi peluang wanita lain menceroboh hati anda.
  2. Laki tak suka perempuan lebih alim dari dia. Dia akan berasa malu. Laki kan ego dia tinggi. Bayangkan si laki ni cuma cikgu biasa. Si wanita ni pulak ustazah, hafizah lagi tu. Memang kalau boleh laki akan elakkan dari wanita macam ni. Saya sendiri pun kan malu dengan diri sendiri. So, jom putus? cari wanita lain yang biasa-biasa saja orangnya.

    Bukan begitu caranya!!! Dah tau perempuan tu lagi alim, berusahalah!! Ubah diri. Kalau tak dapat jadi hafiz pun, sekurang-kurangnya kau berusaha untuk jadi lebih baik. Ke canne?
  3. Laki tak suka wanita yang depa suka tu upload gambaq. Sekalipun gambar tu berpurdah, tetap tak suka. Kalau betoi-betoi suka kat dia, mesti tak suka laki lain tengok gambaq dia kan?? Ini pendapat saya la. Saya tak rasa semua laki ambik kisah pun pasai ni. Sudahlah sekarang ni zaman teknologi. Ada FB ada instagram. Hari-hari upload gambar selfie sebab mengejar 'like'. Masuk syurga ker kalau dapat banyak 'like'? Sikit pahala pun tak dapat ok. Boleh ja berkongsi benda berfaedah kan?? Yup, dipersetujui oleh akak ni. Ujar beliau macam-macam kita boleh buat dengan gambaq tu. Jumpa bomoh, masuk page bukan-bukan dan sebagainya. Kecantikan tu kan untuk suami. Kenapa kena tayang dekat orang lain??? T^T

Ok, tu dari pihak laki. Bagaimana pula pandangan perempuan??

Tips setia. Yang penting buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang dilarangNya.
  1. Perempuan tak kisah laki tu tak hensem pun. Yang penting dia jujur. Bila jujur mesti setia kan??? Kalau dah hensem takkan nak buat pembedahan plastik bagi jadi tak hensem?? *GURAU... Kata abang Hafiz, kajian menunjukkan perempuan hanya mementingkan kehenseman dalam 30% gitu. Jadi tak berapa penting pun. Yang penting setia. Siapa mau ditinggalkan setelah kau serahkan segala kepercayaan padanya.

    Sebagai lelaki, jujur saya cakap susah nak cari yang setia. Pada pandangan saya, setianya seorang lelaki disebabkan dua perkara. Pertama setia sebab rupa. Dia takmau tinggalkan wanita tu sebab dia lagi cantik dari wanita-wanita lain. Dan yang kedua, sebab hati. Bila hati dah tertaut, buatlah apa pun. Lagi susah nak terpisah kalau dibandingkan nak memisahkan molekul air dengan molekul asid.
  2. Perempuan takut nak kawin dengan ustadz. Paham-paham la sebab apa. Tahun lepas saja banyak berita tentang Ustaz yang kawin lagi. Alasan yang diberi sebab sunnah Nabi. Jadi bagaimana dengan sunnah lain seperti menjaga hati isteri dan sebagainya? Mampukah berlaku adil?? dan kata akak ni dia sanggup lepaskan suaminya kalau dia mintak berpoligami. Sob3... tak sanggup berkongsi kan?? dan kalau nak tambah cawangan pun, mesti cari yang muda-muda lagi. Jadi kalau kawin dengan ibu tunggal (nora danish) boleh la yer? ngehehe... *GURAU

    Laki mana yang tak suka ada lebih dari sorang?? Yassin maybe *GURAU. Eh, bahagianya seorang lelaki bukan sebab kuantiti, tapi kualiti. Bagaimana dia membahagiakan dan dibahagiakan oleh isterinya. Cer cek balik sebab apa tak bahagia. Bukan terus tambah cawangan.


Sekian itu sahaja yang saya dapat korek. Yang salah tu harap diperbetulkan. Kebanyakan ini adalah luahan hati saja. Moga lepas ini banyak lagi yang boleh dikorek. Ngehehe...


ASSALAMUALAIKUM..



5 comments:

Anonymous said...

Puhaha. Kuang hajo. Berani ko exclude sy!!!!!

zudien said...

Bwahaha... saja test kau ada baca ka tidak~

Sven Medyona said...

Okay, saya cawangan saya merata dunia: Eropah (1), Asia (2), Afrika (0), Amerika 1). Bhahahaha.

P.O.V atau tips dari saya:

Wanita ghairah dihormati. Saya banyak kawan perempuan, dan saya dapati, bila kau hormati dia sebagai manusia walaupun ciri dan cara berbeza, mereka senang dekat.

Kematangan, mereka pandang jugalah, tapi mereka - yang tahu diri mereka lemah - sentiasa mahu dilihat tinggi dan kuat. Hormati pendirian mereka yang itu.

Wanita idaman saya:
1. Pandai jaga agama.
2. Patuhi syarat pertama.

zudien said...

Sven- Syarat ketiga?? Patuhi syarat kedua? Itu dah jadi syaratception.... bwahaha...

Women, tetap misteri~ tak mungkin dapat rungkai semuanya

Anonymous said...

Hey Dinn, ahhhh. Alasann semata. Sy sentiasa baca entri ko. Benci la gendot. Kalau cakap sebab sy x online fb. Whatsapp ada, wechat ada, kakaotalk ada, viber ada... Gendotlah. Tapi xpa, sy faham.

Yassin, you are the most gentleman guy I've ever met. Fullstop.