Monday, January 27, 2014

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

ASSALAMUALAIKUM....

"Jawatan ini bukanlah sesuatu yang patut direbut kerana ianya amanah dan tanggungjawab. Di akhirat kelak semua tanggungjawab yang kita pernah pikul akan disoal. Bila sebut jawatan, bunyinya macam ringan. Bila sebut amanah/tanggungjawab? Macam berat kan?? Kalau dah dapat jawatan tu, jangan lupa kita tetap hamba-Nya. Walau bagaimanapun, sekiranya saya terpilih, saya bersedia menerima semua tanggungjawab yang diamanahkan."

Lebih kurang macam ni la manifesto yang saya nak tulis. Tetapi memandangkan ruang kotak yang disediakan hanya muat dalam 10 perkataan gitu,...... ini ja yang terlintas dalam fikiran saya.


Abaikan gambaq di atas. Sudahlah dipaksa senyum, kena nampak gigi pulak tu. 

Sebab apa saya nak jadi jpp?? Boleh dak kalau saja-saja nak jadi?? Atau cari glamoriti??

Itu rahsiaaaaa..

Tapi yang paling penting saya harap dapat kurangkan persembahan hiburan masa ada event tertentu... sob3... sedih la macam tayangan maksiat ja..


Jeng...jeng...jeng... rumet saya pun bertanding tahun ni.

Batch kami dan senior boleh hantar sorang wakil ja. Junior boleh hantar 4 orang. Jadi kalau undi ikut batch, peluang tu cerah la sikit. Kalau ikut campur-campur, babai la. Hahaha... tak harap pun nak menang. Lagipun sem ni banyak urusan. Tak semestinya jadi JPP baru boleh bagi sumbangan kat IPG. Kan??

Tapi sekiranya saya menang, saya harap biarlah kami menang bersama. Dan sekiranya dia kalah, biarlah saya pun kalah. Kami ada target lain ni. World team!!!!
InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM...


No comments: