Friday, January 24, 2014

Fotografi

ASSALAMUALAIKUM..

Just a short entry....
"SEMPENA 3 TAHUN MEMEGANG KAMERA"

Hmmm... macam mana boleh terdetik untuk berfotografi ni?? Mesti ada satu detik atau satu perangsang yang menyebabkan saya nak sangat jadi fotografer ni~ Ada kut.

Dulu sepupu saya ada beli DSLR. Kagum sangat dengan kualiti gambar menggunakan kamera tu. Masa tu kenduri kakak. Tengok dia panggil sorang fotografer ni. Bayar mahal. Terus saya fikir macam nak cuba ja ni jadi fotografer orang kawin. Mesti untung~ 

Sebenaqnya sebab utama saya nak ambik sendiri gambaq adik-beradik saya kawin. Bazir rasanya upah fotografer ni. Mahal kualiti pun biasa-biasa ja. Yang penting lens power dan terrer edit. Power macam mana pun tetap gambar. Bukan sebab gambar berkualiti rumah tangga bahagia kan??

 Lepas tu memang saya tanam impian nak beli DSLR. Mahal kot time tu. Memang target 2 tahun jugak la. Then boleh pulak kena lantik jadi AJK web IPG. Kena la guna kamera kan. Dapat gak la alasan nak beli kamera ni. Mintak ayah topupkan sedikit. Boleh beli awal sikit. 

Serius, gambar saya ambil mula-mula dengan sekarang memang jauh bezaaaa... sejauh penang dan johor. Syukurlah saya ada sorang sifu. Fazze alan namanya. Tak sangka la pulak kami ni ngam walaupun lain kos. Dia memang pengalaman dah dalam bidang ni. Banyak gak ilmu dia kongsi. Daripada fungsi sampailah ke accessories. Baru nak rapat dia dah kena buang sebab gagal.

Ada lagi sorang partner. Nama dia Faez. Budak RBT. Dia pun newbie jadi kami belajar sekali la. First time kami ambik gambar dekat tasik permaisuri. 

Gambar lama ni. Faez la yang kongsi teknik ni. Walaupun tak berapa puas hati, ok la bagi kali pertama kan?

Lepas tu kami bertiga nak belajar ambik gambar street. Pi la Time square. Kamera saya paling murah, tapi depa langsung tak pernah ungkit pasai tu. Janji ada skill, kamera ada tu kira dah cukup la.

Saya cuba improve sikit-sikit. Tetap guna kit lens. Harap dapat gak kumpul duit beli lens yang mahai sikit. Teringin nak dapat gambaq superb kan??

Yuppp.... tak la power pun. Sy edit pun guna lightroom ja. Yang tu paling simple. Saya tak suka sangat superimpose ni. 

Saya suka gambar pemandangan. Naturalis la katakan~ Bukan gambar orang. Sedih gak bila orang salah anggap. Bila ada jawatankuasa apa-apa mesti kena in-charge untuk dokumentasi. T^T

Takpa la, asalkan dapat berjasa pada orang lain....



ASSALAMUALAIKUM...


No comments: