Thursday, January 09, 2014

Bisikan Nurani

ASSALAMUALAIKUM...

Hmmm... kali ni biaq saya mulakan dengan lagu. Mesti hampa dah familiar dengan lagu ni. Tak ingat pernah letak tak lagu ni kat blog. Malaih nak belek balik entry dulu.


Saya tak dapat nak play lagu ni guna wifi maktab. Tapi kalau tak silap ada hadis masa lagu ni mula dimainkan. Play jangan tak play tau...

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini


*Psssttt.... jangan risau kalau tidak cantik seperti perempuan lain... kerana satu hari nanti semua tu akan ditarik balik... "Kejernihan wajahmu, Sempurna pada pandanganku." Cantikkan akhlakmu, yang lain-lain tu automatik jadi cantik. 

Pstttt... jangan risau diri belum cukup baik. Semuanya bergantung pada didikanku kelak. Bila kulihat keluargamu... hati sudah berasa lega. Dalam hati berharap keluarga begitulah yang saya ingin bentuk kelak.

Pstttt... jangan risau diri tidak berharta. Sebab harta boleh menghanyutkan. Kita bukan mengejar kekayaan dunia. Allah tak lihat banyak mana harta kita, tapi Allah tengok bagaimana kita belanjakan harta yang kita ada. Sejauh mana kita mampu bersyukur.

Psttt.... cukuplah dengan ketaqwaanmu. Dengan itu aku lebih tenang. Tidak perlu memikirkan auratmu dilihat oleh orang lain. Tidak perlu memikirkan pergaulanmu dengan lelaki-lelaki yang aku sendiri tidak kenali. Sebab aku yakin kamu pandai menjaga diri. 

Psttt... maaf, kerana aku bukan seorang penulis. Kalau rasa sedih tu, dengaq ja lagu ni. Kalau rasa kurang yakin dengan diri, dengarlah lagu ini. 

"MARI PERTAHANKAN AMANAH SUCI INI."

ASSALAMUALAIKUM... 

No comments: