Thursday, January 02, 2014

Bahagia

ASSALAMUALAIKUM...

"Wah, cantikla pompuan tu... kemudian cuba tengok suami dia... perghh..patutla... kemudian tengok pulak anak. Comel kot."

Ehem3... eh, sori, ni memang habit. Bila keluar jalan-jalan mata saya memang suka memerhati. Saya suka melihat keluarga orang lain. Bagaimana cara si ibu berpakaian, bagaimana rupa suami dia, bagaimana pula anak dia dan macam-macam la. Banyak juga yang saya belajar. Kadang-kadang tu kebahagiaan tu memang dapat dilihat melalui senyuman si isteri dan kadang-kadang si suami. Berpegangan tangan walaupun sambil mendukung anak. Wah, harap satu hari nanti saya akan bahagia seperti mereka (dreaming~)

Paling suka bila lihat ibu bapa yang memakaikan tudung kepada anak-anak mereka yang baru setahun jagung... Urgggh... paling comel antara yang tercomel kalau nak dibandingkan dengan kecomelan anak artis yang berkahwin dengan model atau pramugari yang kecomelan mereka adalah tahap gaban!!!



Orang kata, depe nak cari jodoh yang comel/kacak belaka, sebab nanti anak komfem comel~

TAHYULLLL BELAKA!!!

Cuba luaskan pemandangan~ pi tengok sendiri kat luar tu.... dan nak paling senang, tengok cermin. Kemudian letak gambar ayah dan mak di sebelah. Ok, hipotesis terus ditolak kan~ Kecomelan tidak bergantung pada kecomelan ibu bapa~

Banyak cara yang Nabi cakap yang boleh mendatangkan kebahagian... antaranya jadi anak yang baik, mencari kawan yang soleh dan mencari pasangan yang soleh/solehah gitu. Rasanya semua tu perlu, bukannya boleh pilih salah satu. 

"Adakah aku bahagia??? Masih tertanya-tanya ataupun masih tercari-cari???"


Mudah-mudahan, aku tergolong dalam kalangan orang yang bahagia~ 

*Opsss... tiada line wifi di bilik, jadi jarang update kot lepas ni~ T^T

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: