Thursday, December 19, 2013

Syukur...

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah,
mungkin tidak setinggi orang lain,
mereka itu lain,
aku mengerti kebolehan diri ini,
PMR dan SPM bukanlah kayu ukur,
bila di IPG, yang rajin akan berjaya,
yang malas akan ketinggalan,
walau genius sekalipun.

Terima kasih Allah,
Terima kasih ibu ayah/ibu ayah mertua (kalau ada la)
terima kasih sahabat,
Fadhli yang tolong dari awal sem lagi terutamanya pedagogi,
subjek yang 3 kali dapat B termasuklah sem ni. Mujur sem depan tak ketemu lagi.
Terima kasih Yassin, untuk ELE.
Memang dah putus asa sejak seminggu sebelum exam ELE. 
Susahnya tidak terkata. Saya mana suka belajar teori-teori ni. Udah la teori, dalam BI lagi. Bahasa tinggi melambung. 
Terima kasih En Roslan... PJ tak pernah mengecewakan. Lecturer sport, memang sporting habis la. Tolong jugak sampai dapat A kan. Walaupun tahun ni langsung tak dapat spot.
Untuk EDU, sem ni memang subjek kegemaran saya. Teknologi kot. Untuk kali pertamanya tak dapat B. 

Akhir sekali, terima kasih kepada yang memberi semangat!~




Eh, terlampau excited pulak. Bukan apa, tau kan result sebelum ni semua teruk-teruk belaka. Tak macam orang lain. Malu bila kawan-kawan kelas tanya. Lagi-lagi bila IPG lain tanya. Bukan main ramai 4 flat.~  Selalunya senyap ja. Berbaloi la dengan penat lelah sem ni. Langsung teda rehat. Ketua kelas. Ketua innovasi. Pertandingan IPG lestari. Pertandingan videografi. Pertandingan fotografi. Pertandingan futsal IPG, pertandingan kawad kaki, camping, big anak angkat... pertama kali mengadu kat ayah, penat sangat sem ni... stress.... Sem ni saja ponteng lebih 10 jam tanpa pengecualian. Muahahaha... jahat betoi.

Saya nak kongsikan kata-kata semangat dari Puan Sab, HEP. di dalam perjumpaan Ketua dan Penolong ketua kelas.

"Kamu jangan stress pulak masa pegang jawatan ni. Percayalah Allah akan balas dan salah satu caranya melalui peperiksaan kamu nanti."

Tahun depan dah janji dengan Razvi mau naik pentas sama-sama. Jum bha pulun!!!
jangan mikirayouuu (taktau pun maksud)...dekan at least

Kesimpulannya, kalau result tak berapa ok, sem depan pulun lagi.
Kalau result meletup pun, sem depan kena pulun lagi.
So, jum pulun la.

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: