Monday, December 30, 2013

Petua berjimat

ASSALAMUALAIKUM...

Sob3... hidup seminggu di jepun mengajar saya sedikit sebanyak bagaimana untuk berjimat dengan kos hidup yang sangat tinggi di sana. Bayangkan air mineral RM3, dan itu paling murah. RM3 nasi pun tak dapat. Eh, tapi rakyat sana berpendapatan tinggi. So, rakyat Malaysia yang ke sana memang rasa miskin. Out of topik dah ni. 


Langkah pertama...

Bab makan tu, kalau boleh bungkus nasi dan lauk asing-asing. Separuh makan tengah hari dan separuh lagi makan malam. Pastikan ambik nasik sampai penuh. Lauk pula, selalunya ikan tu besar kot. Apa kata kalau bahagikan kepada 2. Jadi boleh la ambik lauk sayur sekali. Belanja makan selalunya RM10 macam tu, dan dengan cara ini, belanja RM5 ringgit sahaja. :-) Pernah dengar kisah orang bangla yang kerja buruh, beli nasi bujang dan telur tu dibahagi dua. Perghhh, RM2 ja belanja makan satu hari. 

*Tak risau ka nanti tak cukup zat? Makin kuruih dibuatnya... Jangan risau, pengambilan herbalife nanti boleh selesaikan masalah itu~

Langkah kedua....

Berbasikal di dalam kampus. Kalau ikut orang jepun, pi mana pun depa berbasikal. Tapi sebab jalan kat nilai sempit dan kereta laju-laju belaka ditambah pula jalan berbukit macam genting, terpaksa la lupakan. Hehehe... berbasikal dalam kampus pun ok. Kalau nak naik kereta, jangan bawa melebihi 90 km/h atau rpm x2000 macam tu ja. 

Langkah ketiga....

Main sukan yang free. Misalnya futsal. Bola? Ada ja orang beli. Kalau nak main badminton macam di sini, kena ada orang in charge untuk kutip yuran. Kat sini bayar RM5 sekali main. Ok la, kalau dah bekerja. Kat sana shuttle siapa mau beli? rugi-rugi... Nak sihat tak semestinya belanjakan banyak duit kan.

Langkah keempat...

Bila nak balik kampung, pastikan ada 3-4 orang yang menumpang. Selalunya, bila ada orang tumpang ni, belanja minyak dan tol dah ditanggung. Macam balik percuma la. Tak termasuk la kos maintainance semua tu. Ok la tu, balik naik bas pun dah mahal sekarang. Kenapa la maktab jauh sangat kan... T^T
Bagi yang berkereta, berjimat tu macam agak payah dengan minyak yang mahal sekarang (tak puas hati keluar dari Malaysia!!). Kalau nak pi mana-mana tu, cuba semak dulu dengan gps, mana tempat yang kurang lampu trafik dan jarak pun pendek. Dapat la jimat 5% macam tu.

Langkah kelima...

Bila dah dapat elaun tu, bahagikan siap-siap. Belanja bulanan, yang dibahagikan lagi kepada makanan, minyak dan sebagainya. Lepas tu, kad ATM tu, suruh kawan yang dipercayai simpankan. Bila urgent baru mintak. Pastikan ada juga simpanan. Simpanan tu kalau boleh simpan la di tempat yang susah dikeluarkan. Tabung haji atau ASB. 

Langkah keenam...

Bila ada tugasan, banyakla kertas, fail dan dakwat printer yang digunakan. Kertas tu pakai ja yang 70mm. Biar orang kata tugasan nipis, yang penting kualiti isinya tu. Fail pula, guna yang lepas. Tak payah beli baru sampai RM3 satu. Dakwat printer pula, tak payah pasang tangki pun takpa, cepat rosak. Main cucuk jer macam I buat ni~ Jimattttt....


Sebenaqnya banyak lagi kot. Tapi ini ja la yang saya akan cuba praktikkan semester depan. Mudah-mudahan~


Hampir terlupa. Pakaian tu, pakai mana yang ada!! tiap-tiap kali kemas nak pulang, mesti tersedar banyak sangat baju yang tak pakai pun. Bazir-bazir.... 




ASSALAMUALAIKUM...


No comments: