Sunday, December 22, 2013

My Kampung

ASSALAMUALAIKUM...

Eh, pernah datang Penang??? Tapi mesti tak pernah lalu Permatang Bogak kan?? Orang Penang sendiri ramai yang taktau pasai kampung ni. Sebab kampung ni kecik jer. Takdak tempat yang menarik, sebab tu takdak orang nak mai. Eh, dah la. Jom tengok......


Ini jalan untuk keluar ke jalan raya. Bawah tu ada parit ala-ala sungai. Tempat kami memancing dulu. Dulu ada pokok buluh dan pokok kabu. Ditebang sebab menakutkan~ 


Ni port saya melepak dengan bestie dulu. Tak ingat kami merepek pasai apa. Tapi gelak sakan la noh..


Tu boleh nampak pulau yang kami tinggal. Dikelilingi pokok nyiur. Jalan ni memang menakutkan sebab kat tepi tu ada rumah 'berhantu' kononnya... Eh, tapi memang berhantu tau. 


Nak tempat free tapi menarik?? Jeng3... ni la dia. Sejak dulu tak berubah. Tapi tak cantik macam dulu dah. 


Kawasan kejiranan kucing-kucing terbiar. Tapi comey2 belaka. 


Terserempak dengan penduduk tempatan.


Nama beliau rapeah. Kucing lain panggil Peah. Janda anak 8. Suami tinggal sebab kantoi curang. Sob3. Jangan sedih-sedih yer...


Jongkang-jongket pun sama macam dulu.



Kuda ni dulu ada pasangan. Tapi dah kena buang sebab patah. sob3.


Otw balik.


Ni la masjid kami yang dhaif... sob3. Eh, sekarang dah ada air cond. Pasang waktu solat jumaat ja. Jimattt...


Di sini lah kantin masa kami sekolah arab dulu... kecik kann?? :')


Belakang masjid~


Buat power kunun...



Bangunan kecik tu, kelas kami masa darjah 1. Tepi tu kubur. Bila balik dulu mesti kami jalan atas kubur. Menakutkan~



Telaga misteri~


Darjah 2 dan 3 dulu kami tak pi sekolah arab. Sebab sekolah petang. Jadi darjah 4 baru saya masuk balik. Satu kelas lagi tu dengan kakak. Memang persaingan sengit la kan~


Satu-satunya kedai runcit di kampung, dulu. Memang balik sekolah komfem singgah sini. Tangga tu dah dipagar sebab kami suka sangat lepak~


Otw balik, tepi tu la tempat kami main bola dulu. Rumah bestie kat sebelah kanan gambar. 


Jeng jeng jeng... ni la kawasan kediaman kami. Ada...hmmm... 6 buah rumah. Dulu 7, tapi dah roboh. Kami punya tengah-tengah. 


Asalnya ini rumah arwah tok wan. Kami tinggal sini pun sebab nak jaga Tok wan dengan Nenek. Dulu ada bahagian atas ja. Tapi bila menantu makin ramai, last-last tambah la kat bawah tu. Sekarang tunggu masa ja ni nak roboh semua. Nak buat rumah yang lebih selesa. Sob3.. kenangan~


Pemandangan dari rumah... situ ada pokok pelam conan dan pokok rasberi.


Ni la playground saya, kakak ngan sepupu. Macam-macam permainan tradisional kami main. Bila dah sekolah menengah, saya guna tempat ni main bola sorang-sorang... T^T


Belakang tu la rumah tok guru ajar mengaji. Tapi beliau perempuan. Lepas khatam tu memang tak pi dah. Alhamdulillah, ilmu bermanfaat...


Banyak lagi ni yang saya belum tunjuk. Malu nak ambil gambar kat kampung. Lain kali la yer. Tak menarik pun kampung kami. Semuanya golongan orang berada. Tak kaya. Miskin tetap ada. Tapi semuanya bahagia.


ASSALAMUALAIKUM...

3 comments:

Sven Medyona said...

Awh~cantiknya kampung kau. Kampung saya hutan dan ladang memanjang :S

Tapi masih cantik :D

zudien said...

Mesti cuba dtg,
sblom sy kwin
ngehehe

ans ory said...

awak kenal tak kakak keday kat kampong awak??