Saturday, December 21, 2013

Impian

ASSALAMUALAIKUM...

Konichiwaa.... kuchiwa.... semua ada la... haha...

Kali ni ingin saya berbicara tentang impian. Impian, bukan angan-angan. Eh, ada beza ka?
Kalau impian tu pastinya saya akan cuba tunaikan. Tapi kalau angan-angan tu.... sekadar dalam fikiran ja la.

Eh, sambil dok baca ni, dengaq la lagu yang saya letak tu. Tapi tak bervokal. Saja nak bagi hampa nyanyi sendiri walaupun suara tak sedap.

Impian kasih
Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih


Ok, sambil tu, saya ingin berkongsi sedikit tentang impian saya sendiri.
Dalam satu tu pun dah ada satu. 

"Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga"

Solehah??? jadi cantik tak penting kerrr???

dengan isteri cantik, adakah jamininan kau akan bahagia??
sedangkan fitnah merata-rata. Pakat mengata belaka. Untunglah kau dapat isteri cantik...padahal kecantikan itu untuk suami. Harap Allah tutup hijab aku dengan dia agar aku tak nampak kecantikannya selagi belum menjadi suami dia. 
dengan isteri cantik, adakah jaminan anak-anak kau kiut belaka??
Sukakah dapat anak comel-comel tapi perangai macam budak-budak tanpa ibu bapa. Eh, anak-anak memang comel ok. Bukan sebab rupa. Sebab mereka innocent. Kalau dapat isteri solehah, kau pun rasa lega sebab dialah yang akan mendidik anak-anak kau di rumah.

Kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai...

Seronoknya, waktu pagi sarapan bersama. Lepas tu plan nak buat apa untuk hari tu. Waktu petang main di luar. Saya nak ajar anak-anak semua sukan yang saya pandai. Badminton, bola sepak, takraw... dan kalau boleh, saya nak tunjukkan semua permainan tradisional. Saya nak mereka membesar dengan permainan tradisional berbanding dengan gajet-gajet ni. Takut nanti permainan ni pupus ditelan zaman. Congkak, batu seremban, tudung tin, layang-layang, toi, nenek-nenek sibongkok tiga (time tu mungkin saya kenalkan mereka dengan nama opah-opah si bongkok tiga kot...hehe), jengket, ayam dan musang, tibai lalat. Eh, banyak gak yang kami main dulu kan.

Lepas tu, saya harap dapat besarkan depa kat kampung. Sebab kat kampung ni macam-macam depa boleh belajaq. Belajaq rabat pokok, belajaq tanam sayuq, belajaq ternak ayam dan sebagainya. Memancing pun boleh. At least belajaq pi la semua skill tu walau tak guna pun.

Mungkin mula-mula kami hidup susah sikit, mula dengan rumah kecik, tapi itu bukan alasan untuk kami tak bahagia kan??? Dalam rumah tu, ada la sekor dua kucing. Sebab saya nak anak-anak saya belajar untuk mengasihi haiwan. Sebab mereka pun makhluk Allah. Sedih tengok budak-budak yang sepak kucing tepi jalan. T_T Kucing biasa pun takpa. Tak payah beli sampai beribu.

Dan di luaq rumah, saya nak tanam pokok buah-buahan. Pokok pelam, rambutan, pulasan, eh, ni macam nak buat dusun ja nih? Ala, bila pokok tu dah berbuah, anak-anak akan balik jugak ke rumah walaupun depe dah bekeluarga nanti. Ya la kan, nak beli mahal, balik ja kampung, makan sampai boncit... ^_^

Eh, tu baru satu impian. Bila difikirkan balik, macam takdak impian lain. Cuma nak bahagia, dunia dan akhirat. Kalau boleh, saya nak mati dalam keadaan yang baik. Takmau la menyusahkan anak bini (optional/kalau ada)

Oppssss, ada lagi. Saya teringin lihat Islam memerintah negara kita. Bukan Melayu. Ok, takmau hurai.




*Sudah, hentikan 'angan-angan' kau...

T^T


ASSALAMUALAIKUM...


2 comments:

Anonymous said...

Good luck, bro.

zudien said...

Thanks Anon~