Friday, December 13, 2013

Hidup tanpa hutang. Senang atau susah?

ASSALAMUALAIKUM...

Wah, minyak naik 20 sen satu liter...

Harga rumah naik...

Harga gula naik...

Tol naik...

Elektrik, pun kena naik lah.

Dan banyak lagi.

Gaji/elaun? Macam tu lah...

Eh, ini bukan nak masuk bab politik. Saja nak bagitau, kos sara hidup yang kian meningkat setiap tahun.

Errrr... bolehkah ni nak elak berhutang??? 


Aih, kan dari kecik kita diajar menabung. Meh sini nak share. Setiap bulan gaji, simpan ja RM1000. Setiap tahun dapat la RM12 000. Kalau ada bonus?? Tu pun kalau PM baik hati la. Kalau RM500 tu, memang susah la nak menyimpan kan?? 

Sepuluh tahun dapat la RM120 000, paling kurang. Yup, cadangan saya, beli tanah dulu. Sebab harga tanah ni kian meningkat. Lepas tu buat ja rumah yang kecik dulu. Ada duit, tambah sikit-sikit. Lama-lama besaq jugak. Daripada beli rumah taman ni, design semua depa dah tetapkan. Apa kata reka rumah sendiri. Kih3... saya pun ada rumah idaman tau. Nanti la kongsi. Rasanya RM120 000 tu memang tak cukup la kan nak buat semua ni. Jangan risau, mesti ada side income. Harap-harap dapat la lebih RM2000 setiap tahun. So dapatlah RM140 000. Dah-dah... serabut pulak tulih banyak nombor ni.

Lepas dah dapat rumah sendiri, kumpul duit untuk pi haji pulak. :-)


Actually, ni cadangan untuk diri sendiri. Dah berjanji takmau berhutang kan~
Orang dulu-dulu tak kaya tapi hidup senang. Sebab takdak hutang.
Orang sekarang kaya tapi hidup susah sebab berhutang.
Fikir-fikirkan..~

Jom! Hidup bahagia tanpa hutang. Misi : 'Melahirkan generasi  bebas hutang':-D




ASSALAMUALAIKUM...

No comments: