Sunday, November 17, 2013

Kawan

ASSALAMUALAIKUM..


"Takpa wei, aku bayaq."

Darjah 1, tak mungkin saya lupa. Siapa yang belanja ayam goreng setiap hari. Dia bukannya orang senang, orang kampung, malah lebih kampung dari saya. Oleh sebab sama sekolah dengan ayah, ayah akan belikan air kotak. Satu untuk saya dan satu lagi untuknya. Maka begitulah waktu rehat kami dihabiskan setiap hari. Ayam goreng=RM1. Sama harganya dengan air kotak. Jadi sama-sama adil la kan??

Darjah 2, kami terpisah. Afak sedih kerana kami sangka dapat kelas sama. Saya kelas depan, dia kelas sedikit belakang. Bermula saat itu, kami dah jarang jumpa. Sehinggalah darjah 3, kami terputus hubungan. Saya berpindah ke sekolah lain disebabkan beberapa gangguan. Hehe.. dulu memang jadi bahan buli. Baik sangat kan~

11 tahun kemudian.

Saya di IPG, satu hari tu, ada la saya upload gambar masa di sekolah. Terus dia terperasan. Dia tanya kawan saya masa di Irshad dulu. Lama dia mencari, padahal kami tak jauh mana pun. Hebatnya aturan Allah, kami jumpa juga setelah lama terpisah. Dia masih macam dulu.

"Takpa Din, aku bayaq la."

Mana nak jumpa kawan macam ni? 1 dalam 1 000. Tak perlu tunggu kaya baru nak jadi pemurah kan. Malas nak tulis panjang-panjang~
Apa yang saya nak kongsikan sebenarnya, tak kisah la terpisah berapa lama pun. Andai kita bersahabat dengan ikhlas, Allah akan hadirkan orang yang baik-baik untuk mendampingi kita. 



Ukhwah Fillah Abadan Abada ^_^

No comments: