Saturday, November 30, 2013

Bakat? Cemburunya

ASSALAMUALAIKUM...


Cemburunya...


Dia pandai melukis


Sebab melukis memang perlukan bakat. Tak kira macam mana kita berlatih sekalipun, takkan setanding dengan orang yang memang secara semula jadinya pandai melukis.

Dia pandai bercakap


Ya Allah, seronoknya tengok depe cakap-cakap dalam tv mahupun secara langsung. Lancar ja dari mula sampai habis. Kita ni, bentang kat depan kelas pun tergagap-gagap. 

Dia pandai menulis


Kagum sangat dengan orang yang pandai menulis ni. Ayat berbunga, bahasa indah. Nak pandai menulis, kena rajin membaca. Betul? Bakat pun mesti ada.

Dia pandai menyanyi


Ya Allah, dengaq depe cakap pun dah cair kan. Bila menyanyi tu, subhanallah... Suara tu pun kan anugerah Allah. Kalau suara x sedap pun macam suara sy ni kan, kena la bersyukur gak. Orang pekak langsung tak boleh dengan suara depe sendiri.

Berlakon


Berlakon? Macam semua orang boleh buat kan. Cer try. Memang susah dan perlukan bakat yang perlu diasah. Sebab tu saya lagi prefer merakam dari dirakam. Urghhh..



Bila difikir balik, semua bakat ni orang guna untuk cari makan. Allah dah bagi kat depe, dan kenapa tak semua ada bakat macam ni?
Adakah semua yang ada kelebihan ni guna ke jalan yang betul-betul diredhai Allah??

Jeles tetap ada. Tapi terimalah diri seadanya. Kita pun ada kelebihan. Cuma kadang-kadang tu tak nampak.

#yakinpadadiri
Assalamualaikum..


No comments: