Saturday, November 30, 2013

Bakat? Cemburunya

ASSALAMUALAIKUM...


Cemburunya...


Dia pandai melukis


Sebab melukis memang perlukan bakat. Tak kira macam mana kita berlatih sekalipun, takkan setanding dengan orang yang memang secara semula jadinya pandai melukis.

Dia pandai bercakap


Ya Allah, seronoknya tengok depe cakap-cakap dalam tv mahupun secara langsung. Lancar ja dari mula sampai habis. Kita ni, bentang kat depan kelas pun tergagap-gagap. 

Dia pandai menulis


Kagum sangat dengan orang yang pandai menulis ni. Ayat berbunga, bahasa indah. Nak pandai menulis, kena rajin membaca. Betul? Bakat pun mesti ada.

Dia pandai menyanyi


Ya Allah, dengaq depe cakap pun dah cair kan. Bila menyanyi tu, subhanallah... Suara tu pun kan anugerah Allah. Kalau suara x sedap pun macam suara sy ni kan, kena la bersyukur gak. Orang pekak langsung tak boleh dengan suara depe sendiri.

Berlakon


Berlakon? Macam semua orang boleh buat kan. Cer try. Memang susah dan perlukan bakat yang perlu diasah. Sebab tu saya lagi prefer merakam dari dirakam. Urghhh..



Bila difikir balik, semua bakat ni orang guna untuk cari makan. Allah dah bagi kat depe, dan kenapa tak semua ada bakat macam ni?
Adakah semua yang ada kelebihan ni guna ke jalan yang betul-betul diredhai Allah??

Jeles tetap ada. Tapi terimalah diri seadanya. Kita pun ada kelebihan. Cuma kadang-kadang tu tak nampak.

#yakinpadadiri
Assalamualaikum..


Sunday, November 24, 2013

Cuti-cuti senior

ASSALAMUALAIKUM...

Jeng..jeng...jengg... 

Sampai dah dia, bekas senior maktab dulu. Jauh dia terbang dari Sibu. Tertunai juga hajatnya nak datang ke Penang dan belanja adiknya. Saya bukan tau sangat tempat-tempat kat sini. Jadi bawak ja la pi mana yang tau kan. Antaranya Pantai Merdeka, Padang Kota, Queensbay, Bukit Bendera. 


Pandangan dari atas feri

Teringat lagu Cinta Pantai Merdeka~ Di sini kisahnya bermula
Orang tu teringin sangat nak makan abc. Nahhh~ sampai malam tak habis

Pantai~


Padang Kota




Bajet vandalism la konon~

Too sweet~ sweeter than me

Muak jugak kalau makan kat tempat-tempat mahal. Masakan ibu juga jadi pilihan. Masakan isteri pun, kalau ada. 

View kereta api


Baju baru beli. Testing testing 123


Sebelum pulang...

Monday, November 18, 2013

Koleksi Instagram

ASSALAMUALAIKUM...

Instagram. Hampa tau ka benda apa? Ala, yang tu tu... yang mana ni? Aiseh, tipu la kalau taktau. Hari-hari dok upload gambaq hampa kan??

Semalam genap 300 keping gambaq berjaya diupload. Hehe.. meh la tengok koleksi. Upload sebahagian ja kat sini.

Psssstttt... awas, dulu banyak gambaq sendiri... kih3

2012

SBE 1

Pertama kali pakai sandal. Tak best.

Di Hospital, menemani ibu saudara pada saat-saat menghembuskan nafas terakhir...T_T
syukur sangat maktab sebelah hospital

Ok... ==' Kena spend McD kalau pakai menatang tu. Kali terakhir kot makan McD. Sampai hari ni dah boikotttt

Jusco

MidValley, lepas kenduri Encik Razi

Projek kitar semula kertas. Tablet cover gitu, 100% bahan kitar semula

Ais kacang terakhir bersama abang angkat...

Dulu memang asyik seludup masuk kucing dalam bilik asrama... kih3

Engaged ni bukan bertunang. Maksudnya ada orang tengah lepas hajat kat dalam tu..

Aktiviti petang-petang

Float. Tahun ni dah tinggal air gas. Tak sihat tau

Memasak bila tiada siapa di rumah... makan la walau tak sedap pun... :)

2013

Beli dengan titik peluh mengajaq tuisyen. Memang sayang jam ni. Taukey kedai tu kata ni model lama. Barang tak berapa nak antik pun, harap harga ja macam barang antik..

Ada orang tu nak try makan ais krim mahal kan~ Rasa sama dengan ais krim biasa, tapi kepuasan berganda. 

Hari-hari bukak puasa di bilik. Nasik melebihi keupayaan muatan, K. Aiseh, dah termasuk bab ekosistem ni. 

Bukak puasa di rumah, macam ni la. Hidang semua makanan di bawah.

Lunch dengan Shazwan dan Lim. Hehe.. pakat2 menyesal makan Nandos... =='
Indah khabar dari rasa

SBE 4, di Johor. Oh, my rumet ni. 

Roti canai terbaik di Negeri 9. 

Macam imam muda dah kan??? :P
Hadiah besday seorang sahabat... 

Lawatan ke FRIM. Banyak input menarik. Kalau nak tau, saya ni seorang naturalis. Sebab tu suka tempat-tempat macam ni. 

Doraipin, kerja time bosan kat kelas. 

Hihi... suka coolblog sebab ada heliza. Suka heliza sebab ada coolblog. Sori heliza, ada orang dah ambil hati I tau~ tapi I still beli coolblog (sekarang dah takdak gambaq dia... T_T )

Rambutan beku!!! Sedap!!! mesti cuba..

Sunday, November 17, 2013

Kawan

ASSALAMUALAIKUM..


"Takpa wei, aku bayaq."

Darjah 1, tak mungkin saya lupa. Siapa yang belanja ayam goreng setiap hari. Dia bukannya orang senang, orang kampung, malah lebih kampung dari saya. Oleh sebab sama sekolah dengan ayah, ayah akan belikan air kotak. Satu untuk saya dan satu lagi untuknya. Maka begitulah waktu rehat kami dihabiskan setiap hari. Ayam goreng=RM1. Sama harganya dengan air kotak. Jadi sama-sama adil la kan??

Darjah 2, kami terpisah. Afak sedih kerana kami sangka dapat kelas sama. Saya kelas depan, dia kelas sedikit belakang. Bermula saat itu, kami dah jarang jumpa. Sehinggalah darjah 3, kami terputus hubungan. Saya berpindah ke sekolah lain disebabkan beberapa gangguan. Hehe.. dulu memang jadi bahan buli. Baik sangat kan~

11 tahun kemudian.

Saya di IPG, satu hari tu, ada la saya upload gambar masa di sekolah. Terus dia terperasan. Dia tanya kawan saya masa di Irshad dulu. Lama dia mencari, padahal kami tak jauh mana pun. Hebatnya aturan Allah, kami jumpa juga setelah lama terpisah. Dia masih macam dulu.

"Takpa Din, aku bayaq la."

Mana nak jumpa kawan macam ni? 1 dalam 1 000. Tak perlu tunggu kaya baru nak jadi pemurah kan. Malas nak tulis panjang-panjang~
Apa yang saya nak kongsikan sebenarnya, tak kisah la terpisah berapa lama pun. Andai kita bersahabat dengan ikhlas, Allah akan hadirkan orang yang baik-baik untuk mendampingi kita. 



Ukhwah Fillah Abadan Abada ^_^

Wednesday, November 13, 2013

Pengorbanan

ASSALAMUALAIKUM...


"Din, nak pasang lagu apa ni?" Ujar Fadhli

"Eh, lagu Demi Cinta Suci lah."


Adeh, kesian ni siapa yang menumpang. Mesti kena pasang telinga dengaq lagu ni. Addicted kan~ Meh pakat-pakat hayati lagu ni... ^_^

Demi Cinta Suci- UNIC



Pernah hatiku luka pedih 
Kerana dicalari cinta penuh duri 
Lemas aku dalam dilema 
Kata janji manis sungguh tak bermakna 

C/O : 
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih 
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami 
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa 
Kau sebutir pasir tak berharga 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci 
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri 
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya 
Menyubur iman di dalam jiwa 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 
Demi cinta hakiki 
Ku sanggup redahi apa yang terjadi 

Apalah erti cinta suci 
Andai janji-janji sering dimungkiri 
Apalah erti cinta murni 
Andai kata-kata sering didustai




"Untuk dapatkan sesuatu, perlu korbankan sesuatu."
Apatah lagi jika cinta hakiki.