Thursday, October 17, 2013

Rinduku

ASSALAMUALAIKUM..

Masa raya yang lepas, saya ada pergi menziarahi Mak Ngah. Tiba-tiba saya terperasan, mirip sungguh wajahnya dengan arwah nenek. Tunggu tua lagi, memang sebijik kot. Rasa sedih tu memang ada, tapi tahan ja la. Terus teringat semua kenangan yang ada.



Buah Sekaya


Dulu kami ada tanam pokok sekaya. Bila musim, ada la buah dalam 5-6 biji. Kami petik sebelum ia masak di atas pokok untuk mengelakkan burung-burung daripada makan. Lepas tu mesti peram. 
Arwah nenek selalu bagitau saya dia ada peram buah sekaya. Nanti kita makan sama-sama katanya.

Ikan bakar


Macam ni la cara arwah nenek bakar. Bawah letak sabut. Rasa memang asli. Sekarang ni kalau bakar semua nak guna pemanggang. Tu dah tak jadi ikan bakar, tapi ikan panggang. Lagi satu feveret saya, daging bakar guna cara sama. Arwah suka masak walaupun sendiri tak dapat makan. Susah nak gigit.

Roti Canai 


Masa kecik-kecik dulu, mana pernah beli roti canai. Semua arwah nenek yang buat. Dari bancuh, uli sampailah goreng. Terbaik kot. Cicah dengan gula.

Baju Kedah


Kalau nak tau, hari-hari arwah pakai baju macam ni. Corak ja berbeza. Tak pernah la pakai T-shirt ka, cuma baju kurung untuk pi mengaji. Tudung nenek pun mesti yang jenis labuh sampai ke lutut. 


Forum Perdana

Setiap malam khamis mesti arwah duduk depan tv biliknya. Tak pernah la miss. Teringat tv bilik arwah. Masih ada lagi. Jenama national, 14 inci. Kami sayang sangat TV tu. 20 tahun lebih guna. Lepas tu gantikan tv yang besar sikit untuk nenek. Kadang-kadang tumpang main game sampai nenek tak boleh tengok tv. :'( 



Sebenarnya, banyak sangat salah dekat arwah. Tak sempat nak tebus dan minta maaf. Sampai hari ni....



ASSALAMUALAIKUM...

No comments: