Thursday, October 31, 2013

Cuti? Apa plan?

ASSALAMUALAIKUM...

Eh, macam biasa la kan. Tiap kali dekat nak cuti mesti update kat sini. Macam-macam yang dirancang, tapi selalunya beberapa ja yang jadi. Perancangan manusia, apa la sangat kan.
Jadi, tanpa membuang masa, apa yang nak buat cuti sem  nanti eh?? Kursus kahwin? Dah pi kot tahun lepas. Kursus beranak?? Ada ka?? Berhenti mengarut boleh?? Kih3


  1. Pertama sekali, nak bawak abang Epiey jalan-jalan pusing Penang. Belum pernah ni ada kawan dari maktab yang datang rumah apatah lagi seorang senior yang rapat bagaikan abang sendiri. Tarikh dah dikomfomkan, tinggal nak pi sambut dekat lapangan terbang ja. Dia suruh bawak jalan-jalan, duit minyak fully dia support. Untungla orang tu dah bergaji kan~ Ok, serius, taktau nak bawak pi mana. Memang la saya orang penang, tapi kalau tiap-tiap kali pi jalan tempat sama, sampaikan taktau mana tempat pelancongan yang menarik. Yang ada pun bukit bendera, muzium perang ka apa ntah. Boleh la kot pi lepak padang kota. Dah janji nak snap2 gambaq sunset lagitu. Takpa, selalunya orang luaq ni teringin naik feri ja.

  2. Berbadminton. Arghhh, setelah sekian lama kan, dapat jugak merasa nikmat cergas. Hehe. Raket baru beli pun baru sekali masuk gelanggang. Kan dah membazir. Komfem lepas ni tiap-tiap malam main sampai lenguh tak boleh nak berjalan. ==' Kali ni spesel sikit, menggamit kenangan. Kawan badminton dah balik dari Australia~ Tengok sikit makin improve ka dak.

  3. Servis sini sana. Servis apa? Servis keta. Oppsss, bukan servis tu. Modified mungkin. Untungla orang tu banyak duit. Siap beli 125 ala-ala superbike kat sana. Ok la tu, aku pun rindu tau nak naik satria hang. Harap-harap makin segak dalam dan luaq lepaih repair sini sana. 



Eh, banyak tu ja?? Ya la. Bajet lari sangat semester ini. Apa-apa pun, takdak duit tak semestinya tak boleh enjoy dengan kawan. Cukupla dapat berjumpa dan berborak. Tu dah cukup untuk mengeratkan ukhwah kami. :-)

Can't wait.

ASSALAMUALAIKUM..

No comments: