Wednesday, October 02, 2013

Ayah ibu

ASSALAMUALAIKUM...

Sedang saya membelek album-album lama, tiba-tiba terjumpa gambar sewaktu kecil dulu, bersama ayah dan kakak-kakak. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Memang nampak sangat ayah dah tua. 


Bila saya berseorangan, merekalah yang bermain dalam fikiran saya. Pasang pulak lagu ayah-aeman atau lagu Hijaz- belaian ibu, siapa yang tak menangis. Besar sungguh pengorbanan mereka. Saya bukan anak sulung, ataupun anak bongsu, tapi saya la yang paling banyak meminta. 

Saya ingat semua benda yang saya minta, dari darjah 1 lagi. Siap boleh listkan.

Darjah 1 - Kereta kontrol. Dulu dah la mahal kan. Jam tangan. Mintak sebab dapat nombor 2 dalam kelas. Sayang gila jam tu. Tapi hilang jugak. Biru warnanya. Ada gambar ikan paus.

Darjah 5- Minta belikan basikal. Waktu tu ayah takdak duit. Nak beli 2 pulak tu. Satu untuk saya dan satu untuk kakak. Last2 pinjam duit arwah nenek. Harga pun saya ingat lagi. Hujung tahun, mintak belikan PS1. Pun belikan. Walaupun result tak berapa elok.

Darjah 6- Mintak dibelikan Gameboy Advance. Tu pun kalau dapat 5A UPSR. Akhirnya beli jugak. Dapat henset lagi. Walaupun 2nd, time tu henset bukan murah. 

Tingkatan 1- Mintak nak masuk asrama penuh. Walhahal dah ok dah sekolah agama. Semua lengkap. Last-last duduk tak sampai dua minggu. ==' Paling menyesal bab ni.

Tingkatan 2- Mintak tukar henset. Nokia tuh. Dah tu pakai tak sampai sebulan dah macam-macam problem. 

Tingkatan 3- Mintak tukar henset kalau result PMR ok. Waktu ni mak asyik susah hati. Exam tak pernah dapat ok. TRIAL pun biasa-biasa saja. Langsung tak berharap. Last-last, ok la. Dapat gak masuk aliran sains.

Tingkatan 4- Dah dapat lesen, macam biasa la. Mesti mintak motor. Tu pun desak perabisan. Last-last dapat gak tapi 100cc. Langsung tak syukur time tu. Mak bukan takmau belikan. Dia takut saya merempit. Lagipun motor ni bahaya. Memang dia tak galakkan. Tapi naik jugak hari-hari pi sekolah. Takdak la susah nak ulang-alik. Sampai hari ni sayang motor tu <3 Memang takkan jual.

Tingkatan 5- Mintak tukar henset lagi. Henset paling mahal saya pernah beli waktu tu. Gara-gara cemburu kakak beli baru. Ayah pun belikan jugak. Tapi lepas tu terus TOP ni dalam kelas. Kih3. Baru la dapat balik kepercayaan mereka. Dekat nak SPM tu, beli pulak PS2. Boleh pulak kan nak exam pun. =='
Walaupun SPM tak capai sasaran, syukur gak la, at least dapat buat mak dengan ayah bangga. 

1pp- Beli henset lagi. Tu pun kena curi. 

2P- Mintak dibelikan tablet. Kalau tak nak beli gps ja. Alang-alang kan, baik ambik tablet. Tu pun pakai sebulan dah kena curi. Kesian kat ayah. Habis duit dia. :'(
Ayah beli kereta baru, terus minta bawak kereta lama ke sini. Asalnya nak bawak wira, tapi mak tak bagi sebab banyak sangat masalah. Bawakla viva. 

3P- Minta tukar kereta. Nak bawak myvi lama. Sebab ramai yang menumpang, selalunya memang tak muat naik viva. Ayah pun setuju la. Keluarkan duit buat overhaul semua, tinted lagi, mau habis dalam rm2000. 

4P- Ayah tukarkan lagi kereta. Siap kereta baru tu. Kesian ayah. "Din sambung ja bayaq bila dah keja nanti." Mana tak sayang kereta tu. Biar calar di hati, jangan calarkan kereta itu. Bila bawak datang sini, habis calar situ sini. Penat kita jaga, orang lain pulak yang buat tak reti nak jaga. Sudahla bawak kereta tu pun dah banyak kena korban. Minyak sebulan dah beratus habis. Belum lagi servis semua tu. 


Banyaknya yang mereka dah bagi... TAK TERBALAS sebenarnya. 

Apa saja keputusan ibu bapa, saya akur. Mintak maaf, ayah...ibu...


ASSALAMUALAIKUM



No comments: