Tuesday, September 10, 2013

Terima kasih Allah

ASSALAMUALAIKUM...

Sangat tak disangka, kehadirannya merubah hidupku. Saya yang dahulunya langsung tak suka kanak-kanak. Bila tengok budak-budak dalam tv rasa macam nak pukul ja. Sejujurnya, bagi saya kanak-kanak ni menyusahkan. Tapi masih, saya inginkan adik lelaki. 

Alhamdulillah, walaupun saya tak dapat adik lelaki, Allah berikan yang lebih baik. Seorang 'anak' yang membuatkan aku terasa seperti 'ayah', tapi tanpa isteri la. :P

Dia lahir semasa percubaan SPM. Waktu tu, memang hari-hari dapat jumpa. Sehinggalah habis SPM sebenar, setiap pagi saya yang mengasuh, sambil ibunya memasak untuk kami. 

"Hebatlah Pak Cik!!"
"Buat sekali lagi pakcik..."

Tak pernah ada orang yang mengagumi saya sebagaimana dia. 


"Cik!!! cik!! tu saja yang mampu dia panggil ketika lidah masih belum fasih berbicara.."

"Gajetku, gajetmu,,,, bila di rumah, ini menjadi miliknya."

Oh, kalau pi mana-mana, saya la yang dipaksa dukung olehnya.  (gambaqawal  sem 1)


"Harapan pak cik, agar adam jangan ikut jejak pak cik. Jadilah insan yang jauh lebih baik dari Pak Cik ataupun ayahmu. Apa yang baik dari kami, jadikan ikutan, yang buruk, jangan amalkan. Jadilah anak soleh yang membanggakan ibu bapa..."

Akhir kata, "If I'm gonna have a kid, I want him to be like Adam"

Sanah helwah Adam... <3

ASSALAMUALAIKUM...

1 comment:

farahida ibrahim said...

betull..dulu aku benci gila budak2..bila da ada anak buah baru la aku geti main + layan budak2..