Wednesday, September 18, 2013

Persoalan

ASSALAMUALAIKUM...

Entah kenapa, persoalan ini selalu sangat bermain dalam fikiran. Makin hari, makin saya cuba persoalkan diri sendiri. 

Sem depan dah praktikum. Jujur, saya tidak bersedia. 
Nak siapkan satu RPH untuk satu semester ni pun serabut kepala dibuatnya. Ni hari-hari kena buat. 

"Izzuddin, saya risau praktikum kamu sem depan." Kata seorang pensyarah. (Dua orang dah pensyarah yang cakap begini). Kenapa??

"Takut nanti bila di sekolah, ok, hampa semua mangkit, cikgu nak buat sekian2....
Kalau kamu kena posting selain di utara, susah murid-murid nak faham nanti.."

Ok. Sentap. Eh, takdak la sentap sangat. Ada pensyarah langsung tak kisah pasal ni. Bukannya cakap jepun ka...russia  ka... utagha kot. Masih bahasa Melayu. Pernah ja cuba membakukan percakapan. 
diketawakan. Oh, lupakan. Sudah la saya ni jenis yang cepat 'down'. 

Jujur saya katakan, saya jadi cikgu ni bukan untuk diri sendiri. Tak pernah langsung terlintas nak jadi cikgu sebab kerja senang, sebab banyak cuti, sebab gaji banyak (banyak la sangat~)... 
Saya buat ni sebab parents. Entah kenapa ayah suka sangat anak-anaknya jadi cikgu. 

Sebab kedua, saya suka sangat kawan-kawan sekolah dulu panggil cikgu. Rasa dihormati. Tak kira la jumpa masa bila pun. Main futsal, main badminton, kenduri. Kawan sekelas pun tak henti-henti bagi moral support.

SAHABAT. Salah satu sebab saya masih mampu bertahan..

Apa yang kurang pada saya, ada ja orang yang tolong cover. Especially bab menerangkan nih. 

Sekadar untuk hiasan. (abaikan kebotakan kami ketika ini)

Saya ikhlas nak jadi cikgu. Saya harap dengan keikhlasan ini akan membuatkan saya bertambah semangat untuk memperbaiki kelemahan diri. 


ASSALAMUALAIKUM...


1 comment:

farahida ibrahim said...

InsyaAllah..kau akan jadi cikgu yang baik..kau da ada banyak da ciri2 cikgu..semua komen tu jadikan komen yang membina..jangan down2..be strong.. ^_^