Monday, September 02, 2013

Melancong

ASSALAMUALAIKUM...

Bila sebut tentang melancong ni, terus fikiran melayang sampai ke London, Korea, Jepun dan Bangladesh turut tidak terkecuali. Pengalaman saya, paling jauh pun sampai Johor. Belum ada rezeki nak ke sabah walaupun dekat( bila tengok kot peta). 

"Buat apa nak melancong, bikin habis duit saja. Membazir kan amalan syaitonnn..."

Adeh, ikut niat la. Kalau nak keluar negara sebab kat sana sebab nak berjudi dan sebagainya, memang la. 
Banyak faedah sebenaqnya..

1. Bila melancong dengan keluarga, makin akrab hubungan sesama ahli. Bila melancong bersama pasangan (suami isteri ja ok), time tu la nak sweet lebih-lebih. Bila melancong bersama kawan, baru kenal pun dah boleh rapat macam bestie. 

2. Kita boleh belajar budaya mereka. Contoh macam kat Jepun, sapa yang pi jepun memang impress punya. Minta maaf walaupun kita yg buat salah, tepati masa, bagi laluan walaupun diri sendiri nak cepat...

3. Satu impian fotografer. Serius, teringin sangat nak ambil gambar-gambar yang menarik macam Eiffel Tower, gunung fuji, KLCC...Opsss, yang tu kat Malaysia. Haha.. tak payah.


InsyaAllah, saya tanamkan impian untuk melancong di tempat-tempat macam ni...

London


Korea

Australia


Jepun


InsyaAllah, ada rezeki, dapat la pergi. Kalau tak dapat pi semua, satu pun sudah cukup..


ASSALAMUALAIKUM.




No comments: