Friday, September 27, 2013

Demi masa

ASSALAMUALAIKUM


"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]


Hanya Allah yang tahu betapa sibuknya saya rasa semester ini. Dulu masa pra bukan main cemburu dengan senior. Alahai, jadual kelas hari-hari sampai jam 1 ja. Untungla~ Sekarang? Hari-hari balik jam 4. Manusia perlukan rehat kot. Malam tu bukannya free sangat pun. 


Siapalah kita untuk merungut. Setiap orang Allah beri masa 24 jam. Mungkin masalah pengurusan masa sendiri kot. Sem ni takdak la buat kerja last minit sangat. Tapi tetap kalut macam semester-semester sebelum ni jugak. 

Sibuknya kita,
sampai solat jemaah pun tak sempat...
kuliah maghrib pun sanggup tak pergi sebab tugasan...
tak telefon mak ayah sebab jari sibuk menaip...
tak baca Al-Quran sebab sibuk menggoogle...
kawan mintak tolong pun tak peduli sebab pentingkan diri...



T_____T



Cepatlah berakhir semua ni. Esemen terakhir dah siap. Oh, makroteaching belum lagi. 


T____________________T










Bak kata sorang ni, think positive!! Semua ni untuk melatih diri saya jugak. Mungkin Allah nak uji saya. Nanti dah jadi cikgu, hidup bekeluarga lagi, mampukah saya bahagikan masa sebaiknya???


I can do it!!




Opssss... nasihat penaja. LAPORKAN JENAYAH RASUAH. Katakan taknak kepada rasuah!!! - Sekretariat pencegahan rasuah IPG. Kih3..

ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, September 21, 2013

Satu lagu, satu janji

ASSALAMUALAIKUM...

Sempat pulak mengupdate blog kan?? Untungla tak pi KOAM. Eh, sekarang dah tak panggil KOAM. Sekarang KOM ja. Apa boleh buat kan? Hehehe... bukan sengaja nak ponteng. 

Saya nak kongsi lagu. Lagu lama, tapi tetap feveret dulu kini dan selamanya. InsyaAllah..


Liriknya : 

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

C/o:
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia.


Semoga saya tabah sebagaimana lelaki dalam lirik tu.




ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, September 18, 2013

Persoalan

ASSALAMUALAIKUM...

Entah kenapa, persoalan ini selalu sangat bermain dalam fikiran. Makin hari, makin saya cuba persoalkan diri sendiri. 

Sem depan dah praktikum. Jujur, saya tidak bersedia. 
Nak siapkan satu RPH untuk satu semester ni pun serabut kepala dibuatnya. Ni hari-hari kena buat. 

"Izzuddin, saya risau praktikum kamu sem depan." Kata seorang pensyarah. (Dua orang dah pensyarah yang cakap begini). Kenapa??

"Takut nanti bila di sekolah, ok, hampa semua mangkit, cikgu nak buat sekian2....
Kalau kamu kena posting selain di utara, susah murid-murid nak faham nanti.."

Ok. Sentap. Eh, takdak la sentap sangat. Ada pensyarah langsung tak kisah pasal ni. Bukannya cakap jepun ka...russia  ka... utagha kot. Masih bahasa Melayu. Pernah ja cuba membakukan percakapan. 
diketawakan. Oh, lupakan. Sudah la saya ni jenis yang cepat 'down'. 

Jujur saya katakan, saya jadi cikgu ni bukan untuk diri sendiri. Tak pernah langsung terlintas nak jadi cikgu sebab kerja senang, sebab banyak cuti, sebab gaji banyak (banyak la sangat~)... 
Saya buat ni sebab parents. Entah kenapa ayah suka sangat anak-anaknya jadi cikgu. 

Sebab kedua, saya suka sangat kawan-kawan sekolah dulu panggil cikgu. Rasa dihormati. Tak kira la jumpa masa bila pun. Main futsal, main badminton, kenduri. Kawan sekelas pun tak henti-henti bagi moral support.

SAHABAT. Salah satu sebab saya masih mampu bertahan..

Apa yang kurang pada saya, ada ja orang yang tolong cover. Especially bab menerangkan nih. 

Sekadar untuk hiasan. (abaikan kebotakan kami ketika ini)

Saya ikhlas nak jadi cikgu. Saya harap dengan keikhlasan ini akan membuatkan saya bertambah semangat untuk memperbaiki kelemahan diri. 


ASSALAMUALAIKUM...


Tuesday, September 10, 2013

Terima kasih Allah

ASSALAMUALAIKUM...

Sangat tak disangka, kehadirannya merubah hidupku. Saya yang dahulunya langsung tak suka kanak-kanak. Bila tengok budak-budak dalam tv rasa macam nak pukul ja. Sejujurnya, bagi saya kanak-kanak ni menyusahkan. Tapi masih, saya inginkan adik lelaki. 

Alhamdulillah, walaupun saya tak dapat adik lelaki, Allah berikan yang lebih baik. Seorang 'anak' yang membuatkan aku terasa seperti 'ayah', tapi tanpa isteri la. :P

Dia lahir semasa percubaan SPM. Waktu tu, memang hari-hari dapat jumpa. Sehinggalah habis SPM sebenar, setiap pagi saya yang mengasuh, sambil ibunya memasak untuk kami. 

"Hebatlah Pak Cik!!"
"Buat sekali lagi pakcik..."

Tak pernah ada orang yang mengagumi saya sebagaimana dia. 


"Cik!!! cik!! tu saja yang mampu dia panggil ketika lidah masih belum fasih berbicara.."

"Gajetku, gajetmu,,,, bila di rumah, ini menjadi miliknya."

Oh, kalau pi mana-mana, saya la yang dipaksa dukung olehnya.  (gambaqawal  sem 1)


"Harapan pak cik, agar adam jangan ikut jejak pak cik. Jadilah insan yang jauh lebih baik dari Pak Cik ataupun ayahmu. Apa yang baik dari kami, jadikan ikutan, yang buruk, jangan amalkan. Jadilah anak soleh yang membanggakan ibu bapa..."

Akhir kata, "If I'm gonna have a kid, I want him to be like Adam"

Sanah helwah Adam... <3

ASSALAMUALAIKUM...

Monday, September 02, 2013

Melancong

ASSALAMUALAIKUM...

Bila sebut tentang melancong ni, terus fikiran melayang sampai ke London, Korea, Jepun dan Bangladesh turut tidak terkecuali. Pengalaman saya, paling jauh pun sampai Johor. Belum ada rezeki nak ke sabah walaupun dekat( bila tengok kot peta). 

"Buat apa nak melancong, bikin habis duit saja. Membazir kan amalan syaitonnn..."

Adeh, ikut niat la. Kalau nak keluar negara sebab kat sana sebab nak berjudi dan sebagainya, memang la. 
Banyak faedah sebenaqnya..

1. Bila melancong dengan keluarga, makin akrab hubungan sesama ahli. Bila melancong bersama pasangan (suami isteri ja ok), time tu la nak sweet lebih-lebih. Bila melancong bersama kawan, baru kenal pun dah boleh rapat macam bestie. 

2. Kita boleh belajar budaya mereka. Contoh macam kat Jepun, sapa yang pi jepun memang impress punya. Minta maaf walaupun kita yg buat salah, tepati masa, bagi laluan walaupun diri sendiri nak cepat...

3. Satu impian fotografer. Serius, teringin sangat nak ambil gambar-gambar yang menarik macam Eiffel Tower, gunung fuji, KLCC...Opsss, yang tu kat Malaysia. Haha.. tak payah.


InsyaAllah, saya tanamkan impian untuk melancong di tempat-tempat macam ni...

London


Korea

Australia


Jepun


InsyaAllah, ada rezeki, dapat la pergi. Kalau tak dapat pi semua, satu pun sudah cukup..


ASSALAMUALAIKUM.