Saturday, August 03, 2013

Kenangan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam banyak-banyak bulan, pastinya bulan Ramadhan yang paling dinanti-nantikan, dan juga paling susah nak dilepaskan. Ya la, waktu tu la boleh kumpulkan satu famili, masjid pun nampak lebih meriah.
Masuk Ramadhan ni, terasa sangat kehilangan arwah nenek. Teringat ketika waktu sahur dan berbuka, mesti arwah akan makan sambil bersandar di tiang yang sama. Memang dah reserved untuknya.

MERCUN

Kalau dah budak-budak tu, memang tak boleh miss main benda ni. Bahaya? Mahal? Kena marah? Oh, like I care. Dulu tetap main jugak. Sekarang ni ja dah stop main. Takut anak buah pun ikut main benda ni. 

Macam-macam jenis mercun ada waktu dulu. Antaranya :

Mercun bawang (mercun pop)

Mercun kategori paling selamat untuk dimainkan. Belum ada lagi la kes masuk hospital sebab mercun ni meletup kat tangan. 

Mercun telur naga

Ni pun kategori tak berapa nak bahaya. Mungkin sebab ambil masa nak meletup. Tapi kalau kena tangan tu paham-paham la. Mau makan kena suap time raya tu.

Mercun lada
Mungkin sebab kaler merah kot dipanggil lada. Mercun ni tak berapa nak kuat sangat bunyi letupan. Tapi kalau kami dulu kedekut sikit, Cabut satu-satu bila nak cucuh. Bila buat macam tu, sumbu tu jadi pendek, dan kadang-kadang tu tak sempat nak baling lalu meletuplah kat telinga ni. (Jadi pekak badak teruih)

Mercun roket (thunderclap)

Mercun ni kira selamat untuk dimaikan, selagi ia boleh meletup di atas. Kalau buat silap ni mau terbang masuk dalam rumah. Ni kira yang murah punya, bunyi pun tak kuat, tak berdesing. Mau yang bes? Beli thunderclap yang ori. 

Mercun guruih (mancis)

Mercun ni memang legen. Nak kena guna konsep friction baru boleh nyalakan. Macam mancis. Tak sempat habis main lagi, kotak dah mula lembek. Last-last bakar terus guna lilin.

Mercun lalat

Mercun macam ni payah nak jumpa. Pernah la main. Terbaik la sebab boleh terbang betul-betul macam lalat. Silap-silap boleh terbang masuk dalam baju.

Mercun bola

Mercun paling bahaya di abad ini. Tolonglah jangan jual mercun ni. Tangan pun boleh putus. 


Jadi di sini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan adik-adik agar menjauhkan diri dari terjebak dengan mercun. Main mercun bawang takpa. Sekian.

ASSALAMUALAIKUM...

5 comments:

farahida ibrahim said...

bagus nasihat daripada cikgu..yup..mercun memang bahaya~~

NadJoliey said...

"Mercun memang bahaya~~"

Patutlah orang tu x pernah main mercun~~~ Kekeke.

Sven Medyona said...

tapi...

zudien said...

Tapi apa yassin? tapioka? tapir?

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.