Saturday, May 25, 2013

Evolusi kereta

ASSALAMUALAIKUM....

Dulu saya pernah tulis entri tentang evolusi telefon bimbit saya kan? Sekarang mau buat tentang kereta pulak. Psssssssss....jangan kata saya kaya ataupun jutawan. Kereta-kereta yang bakal disebut bukan milik saya.

1992- 2004Masa saya lahir.
Nissan Sunny

Kereta pertama yang saya naik sejak lahir. Lama gila guna kereta ni. Dah sampai KL banyak kali tapi tak pernah la rosak. Mungkin sebab ayah pandai jaga kot. Masuk darjah 6 terus jual. Asyik kena ejek dengan cikgu dan kawan-kawan yang lain. Haih.

2001-2005
Kancil

Kancil ni beli sebab mak nak pergi kerja sendiri. Sebelum ni pun menumpang ja. 660cc. Tiada power, mahupun power steering. First time la beli keta baru, memang syok perabih. Tak berapa nak ingat pi mana dengan kereta ni, sebab rajin naik keta lama. Jual lepas eksiden, sekali dengan lembu, sekali dengan kereta.(Mak yang bawak)~

2004-sekarang
Proton Wira 1.3


Kereta ni beli pun dari tangan orang. Buatan tahun 1995. Jadi sekarang dah masuk 18 tahun usianya. Kereta kesayangan ayah sampai sekarang. Bawak paling sedap katanya. Beli bagi menggantikan Nissan Sunny yang agak terlalu tua. 

2005-sekarang
Myvi 1.0


Kereta ni pun dibeli bagi menggantikan kancil yang dah beberapa kali kemalangan. Paling berjasa kepada keluarga. Dah pergi 1 Malaysia kecuali sabah sarawak. Sekarang? Hihiew, paling banyak menghabiskan duit saya... >.<

2006-sekarang
Satria Neo


Ini kereta abang. Beli betul-betul lepas dia dapat tawaran kerja di USM. Masa tu bujang kan~ Boleh la pakai keta sport 2 pintu~ Bila dah berkahwin, ok lagi. Dah ada anak~ Haih...Kereta paling problem~ Don't buy...

2009-sekarang
Persona


Abang dah dapat, giliran kakak pulak. Masa ni dia baru dapat KPLI. Tapi cukup la duit nak bayar bulanan. Kereta ni pun banyak berjasa. Oleh kerana kakak diposting ke Sarawak, kami lah yang sering menggunakan kereta beliau~

2009-sekarang
Viva 1.0


Oleh sebab harga pos kereta ke Sarawak mahal, kakak terpaksa membeli baru dengan membuat full loan. Jeng3... ambil la kereta ni, jimat dan mudah dipandu. Pun banyak berjasa pada diri ini. 

2012-sekarang
Alza


Kereta terakhir yang ayah beli sebelum dia bersara. Pertama kali la beli MPV. Paling jarang digunakan sebab susah nak parking. Hahaha.. makan ruang. Guna hanya untuk jalan jauh, paling dekat pun masa nak pi Kedah la. 



Semua kereta tempatan kan??? Ya la, kereta import terlalu mahal~ Ayah pun hanya mampu berharap yang anak-anaknya dapat membeli kereta import satu hari nanti....#Azam

ASSALAMUALAIKUM..