Saturday, April 13, 2013

Teknologi

ASSALAMUALAIKUM..

Jika direnung kembali pada 10 tahun dahulu, apa yang paling ketara perbezaannya dengan sekarang?
Mestilah teknologi. Terutamanya henset. Dulu bukan main mahai. Model cikai-cikai plak tu. Siapa ada memang kaya. Kaya. Kaya. Seronok ka bila henset ni makin canggih dan murah?


Dulu...
Bila lepak makan dengan famili/kawan, macam-macam cerita boleh dengar. Kongsi masalah, suka duka semua ada lah.

Sekarang...
Bila lepak dengan famili/kawan, masing-masing keluarkan henpon atau tablet. Kadang-kadang tu cakap waktu nak pilih menu ja. Kadang-kadang bila makan dengan kawan, dan dia main henset, rasa macam nak dok meja lain ja. Tak pun panggil kucing, menyembang dengan dia. =='


Dulu...
Bila jumpa kawan, sembang pasal isu semasa, pompuan, dan sebagainya. 

Sekarang...
"Wei, henset baru keluaq lagi." 
"Wei, pernah main dak game ni?"

Dulu...
Bila nak sembang, kena pi rumah member. Nak tau dia ada ka dak, telefon rumah dulu.

Sekarang...
"Wei, on whatssap."




"KEMUDAHAN INI KADANGKALA MENYUSAHKAN"

Kesian pada generasi yang baru lahir dan akan lahir. Haiihhh...


ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, April 02, 2013

Selera Makan

ASSALAMUALAIKUM...

Makan. Satu nikmat kurniaan Allah, yang tak semua makhluk dapat. Tambah-tambah bila manusia ni omnivor. Macam-macam benda boleh makan.


Kebelakangan ini, hampir seminggu tak lalu makan. Waktu SBE dulu ok. Lepas habis SBE, makan tu 3 suap pun dah rasa muak. Eh, ni bukan sakit dilamun cinta ok. Kalau bercinta lagi lalu nak makan. Sampai hari ni pun masih tak lalu nak makan nasi. Makin kurus la lepas ni. NICE~

Selalunya orang hilang selera makan ni, sebabnya tak lain tak bukan. DEMAM atau HAMIL. Dua-dua takdak pun. Haihhhh... berserah ja la~



ASSALAMUALAIKUM...