Thursday, March 14, 2013

Petanda si Dia suka anda

ASSALAMUALAIKUM...

"Hmmm... dia suka aku dak?? ka aku yang syok sendiri?"

Ok, ni ada tips dari internet, yang dicedok dan diedit sikit. Nak kata tepat tu taktau la. I'm not a woman~

Apabila anda berada dekat dengan dia, dia akan betul – betulkan tudungnya. (Bukan ni habit semua wanita ka?)

Eye contact dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda


Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu.( minta puji la pompuan macam ni. Mesti berani!)

Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak. (Kalau dah lawak, sapa yang tak gelak? Kucing pun gelak kalau mampu la)


Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang. ( Aiseh, padahal patut lagi sokong la kan??)

Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan

Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak( Pehal nak tanya soalan macam ni. Seribu tahun takkan mungkin).

Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar (Kalau klasmet x payah kot buat macam ni)


Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda (Nak mengadu dengan member pun malu, apatah lagi dekat kiter ni~)


Kalau dalam bab ni, lebih baik tanya perempuan itu sendiri. Rasanya kalau nak tengok petanda, memang tak cukup, tak jamin. Hey, beranikan diri. Pergi tanya terus!! Baru saja buat public speaking tentang proposal (The best speaker lagi tue~)


ASSALAMUALAIKUM...




3 comments:

Sven Medyona said...

Untunglah 'best speaker'.

'How to propose a girl' -- ha, ini bila kau mau praktiskan neh?

zudien said...

Hahaha... best speaker based on creativity, not my speaking skill...

Semuanya kaedah barat... x elok kalau nak ikut pun...

Sven Medyona said...

Laa~