Wednesday, March 20, 2013

Evolusi telefon bimbit Jiwang Version

ASSALAMUALAIKUM..


Hmmm, setiap tahun, malah setiap bulan, ada saja model baru yang keluar. Kali pertama saya menggunakan henfon, adalah semasa darjah 6. Model apa yang saya pernah guna?


2004
Nokia 3310



Henset ni memang LEGEND. Boleh menari waktu vibrat. Kalau masa baru keluar, RM700 kot harganya. Memang model paling laris NOKIA waktu itu. Boleh buat lagu sendiri gitu~ Ni kakak punya, dapat 3rd hand kot...


2005

Nokia 2100. Ni pun lebih kurang ja dengan henset 3310, cuma lebih kecil dan kompak. Belakangnya ada tempat letak gambar. Memang kasi masuk gambar sendiri la. Kalau hilang tau la sapa punya. Bes nya henset ni, sebab ada game space impact versi baru, dan menyokong 'animation'. Henset lama kakak nih, diwarisi...



2006
Nokia 3100

Zaman ni, ramai yang dah pakai henset kaler. Kamera tu orang kaya ja la yang miliki. Ada henfon ni pun, kira canggih dah. Ada warna, polyphonic lagi tu~ Habis kredit beli game, lagu ngan screensaver. Memang duit sekolah simpan untuk ni ja. Kih3... Yang ni pun henset lama kakak...

Nokia 6070

Serius, henset paling menyesal saya beli. Harga internet, RM600 lebih, tapi ada kat satu kedai tu, rm400 lebih ja. Memori 4mb, sumbat 1 lagu dah full. Haha.. time ni memang menyesal sangat sebab ada gak plan mau beli sony Ericcson k320i dengan harga yang hampir sama. Tu la, x survey betoi2 dulu. Last2 beli seminggu dah rosak, repair, rosak balik...


Sepatutnya..



2007

SE K700i

Disebabkan henset lama memang problem gila, terus tukar walaupun tak sampai sebulan. Dah tu, beli yang 2nd. Dah tak elok dah pun. Ni pun menyesal gak beli. Spec memang hebat, cuma button banyak problem. Skrin pun macam agak lain daripada original. Besnya henset ni, memori banyak la jugak walaupun takdak sd. Henset ni beli dulu rm300, dan masih ada sampai sekarang. Cuma hilang.



Tak lama lepas tu, dapat result PMR. Disebabkan result tak memuaskan, dapat la tukar henset yang tak berapa nak canggih. Mula-mula target SE S500. Harga pun lagi murah, tapi disebabkan pi beli tu dengan Paksu, dia rekemen henset macam dia... T___T
N70. Masa tu harga tinggal RM850 ja. Berat siot, tapi dalam pakai symbian. Paling top la masa tu. Saya punya versi 'Music Edition'. Lebihnya, cuma memori dapat 1gb berbanding 256mb kot. Bangga bila jumpa orang masih pakai henset nih. Henset pertama saya yang ada camera depan dan 3g.


 2009

N78

Satu malam tu, kakak punya henset kena curi. Jadi ayah beli la henset baru. Walkman kot. Sumpah memang jeles gila. Dah tu, memang cuba mintak gak la. Adooi, memang tak dapat la. Pujuk-pujuk sikit lama-lama dapat jugak. Tapi pakai duit simpanan sendiri. =='


Henset terbaik yang saya pernah miliki. RM999. Harga pun dah promosi. Ada game untuk Ngage. Camera pun cun walaupun cuma 3.2mp. Ada dua speaker, video lawa dan memori 2gb pun dah cukup. Banyak kenangan dengan henset ni.... tapi dah kena curi... T______T

Lepas hari raya tahun tu, ada satu lagi henset saya beli sekadar suka-suka. Memang teringin nak try, tapi lepas beli menyesal. Tak bes pun. 

F305i


Design serius lawa. Terpengaruh sebab butang game. =.=' Tapi kalau nak buat dengar lagu, memang A++ la. Sound kuat, stereo lagi tu. Last-last jual dekat member.

2010

Henset terakhir yang saya beli setakat ni.... N8. Henset flagship nokia tahun tu. Guna symbian versi baru, semuanya serba hebat. 12MP, carl zeiss... tapi hanya setakat tahun tu saja. Masuk tahun depan, henset ni kira memang loser. Dah la beli mahal, pakai seminggu menyesal dah. Adeh... tapi sampai sekarang pakai sebab rasa rugi nak tukar.






Jadi, lepas ni model apa pulak rasanya? Samsung S4? HTC One? Xperia Z?  Note II? 
Nantikan.... =__='



ASSALAMUALAIKUM...

3 comments:

Sven Medyona said...

Hah. Dah. Haritu janji tak nak beli~

zudien said...

Sven- Memang tak beli pun~ Fulus pun dah tak cukup... even for Note II

farahida ibrahim said...

yela tu xmau beli da..sekali..naik ni...S4 youuuu~~~~~