Tuesday, February 12, 2013

Miskonsepsi tentang kereta

ASSALAMUALAIKUM...


Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah memiliki kereta..tetapi satu benda pun taktau pasai kereta, biar saya kongsikan sedikit fakta-fakta yang kadang-kala orang salah faham.

  1. Kereta tak macam motor terutamanya bab servis. Macam motor servis tiga bulan tukar minyak enjin pun dah cukup. Kereta siap kena tukar dengan penapis minyak enjin sekali. Belum lagi pergi dekat service center. Macam-macam dorang paksa tukar.
  2. Road-tax bergantung pada cc (kapasiti enjin) kenderaan. Kereta ber'cc' 1.0 lebih murah cukai jalan berbanding kereta ber'cc' 1.5. 
  3. Setiap kereta ada saiz enjin berbeza. Contoh kereta ber'cc' 1.0 cuma perlukan minyak enjin 2L manakala kereta ber'cc' 1.3 perlukan 3L minyak enjin. Maksudnya, lagi tinggi la kos.
  4. Kereta hybrid menjimatkan. Menjimatkan minyak tu semestinya. Tapi maintainance 4 kali lebih mahal daripada kereta biasa kot. Nak kena tukar bateri lagi. Enjin pun setiap 10 tahun kena tukar. Haiyyoo...
  5. Kereta manual lebih jimat dari kereta auto. Sebab apa? Kereta auto selagi kita tak tukar gear neutral, selagi tu minyak masih mengalir. Rugi ooo... manual tekan ja clutch minyak stop la. Cuma mengalir untuk biarkan enjin terus hidup.
  6. Roadtax mahal la.... Eh, bukan roadtax yang mahal. Yang mahal tu sebenarnya insuran. Dan insuran tu, tengok jugak jenis yang kita ambil. Lagi mahal, lagi banyak yang dicover. Dan tengok juga harga market kereta tu. Satria Neo 1.6 misalnya, insuran RM900++. Roadtax cuma dalam rm90 macam tu kot.

Dapat saya simpulkan di sini, kalau nak jimat duit pakai la VIVA ye~ Kih3... servis murah minyak jimat dan roadtax pun tak mahal....

 Kereta idaman setakat ni... T_T
InsyaAllah....


ASSALAMUALAIKUM...
 

No comments: