Friday, February 01, 2013

Kampung

ASSALAMUALAIKUM...

Hmmmm... mengeluh lagi...
Sebenarnya dah banyak kali saya bercadang untuk bergambar di sekitar kampung. Bukannya tak pernah, cuma sebelum ni tak menyeluruh. Cuma sekitar bendang. Kalau boleh biarlah semua tempat yang saya pernah pergi. Yang banyak kenangan. Takut nanti 10 tahun lagi, semua itu sudah berubah. Pokok-pokok dah digantikan dengan bangunan. Sawah padi dah menjadi tanah perumahan. 


Rindu kampung... :') Ayah pencen nanti, cadang nak roboh rumah ni. Nak buat fully batu. Dulu saya la yang paling menyokong cadangan tu. Tapi sekarang ni saya la yang paling membantah cadangan tersebut. Banyak sangat kenangan...

Semuanya sawah padi. Depan, tepi, belakang...bila keluar memang berangin sepanjang hari. 

10 tahun dulu sampai sekarang, pemandangan tetap sama... :)

InsyaAllah, ada masa nanti saya pusing satu kampung, snap sana sini..upload di sini la.

Assalamualaikum...

No comments: