Saturday, February 16, 2013

Perginya seorang sahabat...

ASSALAMUALAIKUM...

Hmmm... tengok tajuk pun dah tau, sedih kan? Perginya seorang sahabat, tapi bukan selamanya. Dia pergi meneruskan pengajian di Australia. Happy for him. Kami interview sekali kottt~ Tapi dia ja dapat luar negara... =='

Kami rapat dulu, mula ketika SPM kot. Tak berapa nak ingat zaman-zaman muda dulu. Tak pernah sekelas, tapi kami KRS. Latar belakang pun agak berbeza. Dia anak orang kaya, tapi ibunya dah meninggal masa dia sekolah lagi. Tapi dia sentiasa chill. Tak pernah la nampak sedih pun. Pasai yang kaya tu, bapak la yang kaya. Tak pernah pun nampak dia ala-ala orang kaya. 

Lepas SPM dulu...

Bila siang menonton wayang...
Petang-petang mesti lepak kedai sahabat..
Bila malam lepak kedai mamak...
Cari kerja pun, sama-sama..

Last-last, dia masuk UTP, ana yang menganggur.

Kejap ja tu...

Waktu dia sambung di Kolej Mara Seremban..
Saya masuk maktab...
Bila cuti, macam-macam aktiviti...
Siang menonton wayang..
Malam main futsal...
kadang-kadang berbadminton...


Wah, banyak sungguh kan? Xpa la, bukan lama pun terpisah. Harap-harap dapatlah berjumpa waktu cuti. InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, February 12, 2013

Miskonsepsi tentang kereta

ASSALAMUALAIKUM...


Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah memiliki kereta..tetapi satu benda pun taktau pasai kereta, biar saya kongsikan sedikit fakta-fakta yang kadang-kala orang salah faham.

  1. Kereta tak macam motor terutamanya bab servis. Macam motor servis tiga bulan tukar minyak enjin pun dah cukup. Kereta siap kena tukar dengan penapis minyak enjin sekali. Belum lagi pergi dekat service center. Macam-macam dorang paksa tukar.
  2. Road-tax bergantung pada cc (kapasiti enjin) kenderaan. Kereta ber'cc' 1.0 lebih murah cukai jalan berbanding kereta ber'cc' 1.5. 
  3. Setiap kereta ada saiz enjin berbeza. Contoh kereta ber'cc' 1.0 cuma perlukan minyak enjin 2L manakala kereta ber'cc' 1.3 perlukan 3L minyak enjin. Maksudnya, lagi tinggi la kos.
  4. Kereta hybrid menjimatkan. Menjimatkan minyak tu semestinya. Tapi maintainance 4 kali lebih mahal daripada kereta biasa kot. Nak kena tukar bateri lagi. Enjin pun setiap 10 tahun kena tukar. Haiyyoo...
  5. Kereta manual lebih jimat dari kereta auto. Sebab apa? Kereta auto selagi kita tak tukar gear neutral, selagi tu minyak masih mengalir. Rugi ooo... manual tekan ja clutch minyak stop la. Cuma mengalir untuk biarkan enjin terus hidup.
  6. Roadtax mahal la.... Eh, bukan roadtax yang mahal. Yang mahal tu sebenarnya insuran. Dan insuran tu, tengok jugak jenis yang kita ambil. Lagi mahal, lagi banyak yang dicover. Dan tengok juga harga market kereta tu. Satria Neo 1.6 misalnya, insuran RM900++. Roadtax cuma dalam rm90 macam tu kot.

Dapat saya simpulkan di sini, kalau nak jimat duit pakai la VIVA ye~ Kih3... servis murah minyak jimat dan roadtax pun tak mahal....

 Kereta idaman setakat ni... T_T
InsyaAllah....


ASSALAMUALAIKUM...
 

Friday, February 01, 2013

Kampung

ASSALAMUALAIKUM...

Hmmmm... mengeluh lagi...
Sebenarnya dah banyak kali saya bercadang untuk bergambar di sekitar kampung. Bukannya tak pernah, cuma sebelum ni tak menyeluruh. Cuma sekitar bendang. Kalau boleh biarlah semua tempat yang saya pernah pergi. Yang banyak kenangan. Takut nanti 10 tahun lagi, semua itu sudah berubah. Pokok-pokok dah digantikan dengan bangunan. Sawah padi dah menjadi tanah perumahan. 


Rindu kampung... :') Ayah pencen nanti, cadang nak roboh rumah ni. Nak buat fully batu. Dulu saya la yang paling menyokong cadangan tu. Tapi sekarang ni saya la yang paling membantah cadangan tersebut. Banyak sangat kenangan...

Semuanya sawah padi. Depan, tepi, belakang...bila keluar memang berangin sepanjang hari. 

10 tahun dulu sampai sekarang, pemandangan tetap sama... :)

InsyaAllah, ada masa nanti saya pusing satu kampung, snap sana sini..upload di sini la.

Assalamualaikum...