Friday, January 25, 2013

Plan semester 3

ASSALAMUALAIKUM...

Eh, asyik-asyik entry tentang benda yang sama. Mesti dah habih ketandusan idea tahap gaban kan?
Memang pun. Takpa la, lain kali Abang Din cerita bab-bab jiwang pulak.

Banyak sebenarnya yang dah masuk dalam perancangan saya untuk sem ini. Tambah-tambah bila dok tempat baru. Ok, tanpa membuang masa, ini dia :-


Elaun akan dibahagikan untuk perkara-perkara berikut :-


  1. Simpan. Ini satu perkara wajib pada setiap sem. Saya akan menyimpan paling kurang RM1000. Tapi pada hujung sem, pasti akan keluarkan hampir kesemuanya. BOROS. That is me. Sem ni taktau lagi macam mana. 
  2. Beli dapur elektrik dan periuk nasik. Memang malas tahap cipan ni nak keluar makan. Baik masak sendiri kan? Boleh la belajar memasak sambil berjimat. Masak kat mana? Dalam bilik la. Pandai-pandai la cover. Banyak dah menu dalam perancangan. Nak buat nasi lemak, tomyam, nasi goreng tu wajib la waktu makan malam. Takyah la pakai perencah ajinotomo ajinomoto semua tu. Takdak la sedap pun kannnn...
  3. Nak pasang karpet. Di bilik, dan juga di dalam kereta. Hehe... boleh baring-baring golek-golek dan godek-godek dengan selesa. Tak bes la tidur atas katil. Panas, susah nak bangun. Tidur bawah lebih kurang selesa dan mudah bangun.
  4. Nak beli pokok bunga banyak-banyak. Nak tanam depan rumah. Baru nampak kekampungan. Ni ada semak samun ja. Tak nampak macam kampung, nampak macam hutan ada la. 
  5. Nak pasang spoiler. Ni baru pasang niat ja. Takut ayah tak bagi pulak. Tapi apa salahnya, nak bagi ViVy lebih bergaya.

  6. Nak pi Melaka. Kami dah rancang nak makan angin di sana. Penginapan dah jamin FREE. Thanks Fadhli. Belum plan mau bawak siapa. Tapi yang wajib ikut sekarang ni Yassin, Fadhli dan Ewi. Nak pi Zoo, kota A Famosa dan segala tempat yang ada la. Tak lupa jugak ada satu tempat spesel yang kami nak pi. Klinik kesihatan misterii....


Ok, rasanya separuh elaun dah habis untuk semua tu. Kih3.... jangan sampai jadi satu pembaziran... Ingat masa depan sama. 


ASSALAMUALAIKUM...

5 comments:

Sven Medyona said...

Waah~kenapa saya ndatau??

zudien said...

Eh, bukan sudah bincang kilik hari tu?

Azwan Lai Azahary said...

Satu ag, dah ada elaun tu gi Senawang, gi Restoran Nasi Arab Damsyik. Sedap weh. xpa, aku belanja! wakaka

zudien said...

Azwan- Aku print skrin nih... memang kau kena belanja kami!!

Azwan Lai Azahary said...

Hahaha.... no hal! tunggu elaun ti ek. Hahaha...