Monday, January 21, 2013

Elaun bulan 3?

ASSALAMUALAIKUM...


Aih, dengaq kata elaun keluar bulan 3. Adakah ini satu khabar angin? ataupun satu 'modal' pihak pembangkang? ataupun kerajaan belum ada duit nak bayar elaun kami? Atau??? Hahaha... takdak la.. mungkin ini disebabkan proses waran tu yang memakan masa. =.='


Dalam banyak-banyak semester, rasanya semester ni la paling rasa tidak berduit memandangkan setiap minggu ada ja orang yang mai kutip duit itu, duit ini. Nak mintak kat parents, macam biasa la. Segan....menyusahkan mereka meski niat ingin berdikari. Belum tiba masanya kot.


Walaupun elaun keluar lambat lagi, macam-macam perancangan yang saya dengar dari kawan-kawan. Semuanya ada merancang nak beli sesuatu. Banyak sungguh duit hampa walaupun elaun kita sama banyak.

Ada yang merancang nak beli SONY XPERIA Z. Ehem2... Mahal ka? Mahal tu semestinya. Sebulan gaji kerja KFC pun belum melayakkan anda memilikinya. Tapi kalau dah minat, takdak apa yang boleh menghalang kan?? MOOD JELES....



Dan ada pulak yang merancang untuk upgrade motor... mungkin nak bagi motor jadi lagi power? Ataupun nak mencantikkan lagi motor yang tersedia cantik? Ataupun saja-saja sebab taktau nak buat apa dengan duit? Hehe... nak tau tanya la dia... Pun JELES... Rindu moto kat rumah... sayang nak upgrade, banyak kenangan... :')


 Dan untuk diri saya sendiri, mesti ada sesuatu nak dibeli gak kan? Hmmmm... henset dah lama. Dua tahun lebih dah guna yang tu. Symbian pulak tu. Outdated betoi. Bukan tak teringin nak pakai Note 2, ataupun S3. Rasa sayang nak belanjakan sejumlah besar duit untuk benda alah tu. Jadi, terpaksala tunggu henset ni betoi-betoi lingkup. Sabarrrrrrrr....

Nak modified kereta. Amacam? Jangan din jangan... original tu la yang terbaik. Tak perlu nak ubah apa-apa. Lagipun kan membazir ja tukar rim la, tukar enjin la... tapi kalau untuk tingkatkan keselesaan apa salahnya? Tukar karpet ataupun tinted.

Jeng...jeng....jeng... yang ni memang wajib bila keluar elaun.


Satu sem tunggu nak tukar benda ni. Bila ada USB player baru senang gua nak layan nasheeeeeed.... dan semestinya lagu JIWANG. Hehe... gilir-gilir la yer. Penat dah tiap-tiap kali nak jalan jauh kea burn cd.


Ok la, duit lebihan yang 'banyak' tu biarlah disimpan di tempat yang selamat. Moga-moga jumpa jodoh awal,  dan tiada masalah tentang wang. Hahaha.. Joking. Simpan nak melancong la...



ASSALAMUALAIKUM..

No comments: