Friday, January 25, 2013

Plan semester 3

ASSALAMUALAIKUM...

Eh, asyik-asyik entry tentang benda yang sama. Mesti dah habih ketandusan idea tahap gaban kan?
Memang pun. Takpa la, lain kali Abang Din cerita bab-bab jiwang pulak.

Banyak sebenarnya yang dah masuk dalam perancangan saya untuk sem ini. Tambah-tambah bila dok tempat baru. Ok, tanpa membuang masa, ini dia :-


Elaun akan dibahagikan untuk perkara-perkara berikut :-


  1. Simpan. Ini satu perkara wajib pada setiap sem. Saya akan menyimpan paling kurang RM1000. Tapi pada hujung sem, pasti akan keluarkan hampir kesemuanya. BOROS. That is me. Sem ni taktau lagi macam mana. 
  2. Beli dapur elektrik dan periuk nasik. Memang malas tahap cipan ni nak keluar makan. Baik masak sendiri kan? Boleh la belajar memasak sambil berjimat. Masak kat mana? Dalam bilik la. Pandai-pandai la cover. Banyak dah menu dalam perancangan. Nak buat nasi lemak, tomyam, nasi goreng tu wajib la waktu makan malam. Takyah la pakai perencah ajinotomo ajinomoto semua tu. Takdak la sedap pun kannnn...
  3. Nak pasang karpet. Di bilik, dan juga di dalam kereta. Hehe... boleh baring-baring golek-golek dan godek-godek dengan selesa. Tak bes la tidur atas katil. Panas, susah nak bangun. Tidur bawah lebih kurang selesa dan mudah bangun.
  4. Nak beli pokok bunga banyak-banyak. Nak tanam depan rumah. Baru nampak kekampungan. Ni ada semak samun ja. Tak nampak macam kampung, nampak macam hutan ada la. 
  5. Nak pasang spoiler. Ni baru pasang niat ja. Takut ayah tak bagi pulak. Tapi apa salahnya, nak bagi ViVy lebih bergaya.

  6. Nak pi Melaka. Kami dah rancang nak makan angin di sana. Penginapan dah jamin FREE. Thanks Fadhli. Belum plan mau bawak siapa. Tapi yang wajib ikut sekarang ni Yassin, Fadhli dan Ewi. Nak pi Zoo, kota A Famosa dan segala tempat yang ada la. Tak lupa jugak ada satu tempat spesel yang kami nak pi. Klinik kesihatan misterii....


Ok, rasanya separuh elaun dah habis untuk semua tu. Kih3.... jangan sampai jadi satu pembaziran... Ingat masa depan sama. 


ASSALAMUALAIKUM...

Monday, January 21, 2013

Elaun bulan 3?

ASSALAMUALAIKUM...


Aih, dengaq kata elaun keluar bulan 3. Adakah ini satu khabar angin? ataupun satu 'modal' pihak pembangkang? ataupun kerajaan belum ada duit nak bayar elaun kami? Atau??? Hahaha... takdak la.. mungkin ini disebabkan proses waran tu yang memakan masa. =.='


Dalam banyak-banyak semester, rasanya semester ni la paling rasa tidak berduit memandangkan setiap minggu ada ja orang yang mai kutip duit itu, duit ini. Nak mintak kat parents, macam biasa la. Segan....menyusahkan mereka meski niat ingin berdikari. Belum tiba masanya kot.


Walaupun elaun keluar lambat lagi, macam-macam perancangan yang saya dengar dari kawan-kawan. Semuanya ada merancang nak beli sesuatu. Banyak sungguh duit hampa walaupun elaun kita sama banyak.

Ada yang merancang nak beli SONY XPERIA Z. Ehem2... Mahal ka? Mahal tu semestinya. Sebulan gaji kerja KFC pun belum melayakkan anda memilikinya. Tapi kalau dah minat, takdak apa yang boleh menghalang kan?? MOOD JELES....



Dan ada pulak yang merancang untuk upgrade motor... mungkin nak bagi motor jadi lagi power? Ataupun nak mencantikkan lagi motor yang tersedia cantik? Ataupun saja-saja sebab taktau nak buat apa dengan duit? Hehe... nak tau tanya la dia... Pun JELES... Rindu moto kat rumah... sayang nak upgrade, banyak kenangan... :')


 Dan untuk diri saya sendiri, mesti ada sesuatu nak dibeli gak kan? Hmmmm... henset dah lama. Dua tahun lebih dah guna yang tu. Symbian pulak tu. Outdated betoi. Bukan tak teringin nak pakai Note 2, ataupun S3. Rasa sayang nak belanjakan sejumlah besar duit untuk benda alah tu. Jadi, terpaksala tunggu henset ni betoi-betoi lingkup. Sabarrrrrrrr....

Nak modified kereta. Amacam? Jangan din jangan... original tu la yang terbaik. Tak perlu nak ubah apa-apa. Lagipun kan membazir ja tukar rim la, tukar enjin la... tapi kalau untuk tingkatkan keselesaan apa salahnya? Tukar karpet ataupun tinted.

Jeng...jeng....jeng... yang ni memang wajib bila keluar elaun.


Satu sem tunggu nak tukar benda ni. Bila ada USB player baru senang gua nak layan nasheeeeeed.... dan semestinya lagu JIWANG. Hehe... gilir-gilir la yer. Penat dah tiap-tiap kali nak jalan jauh kea burn cd.


Ok la, duit lebihan yang 'banyak' tu biarlah disimpan di tempat yang selamat. Moga-moga jumpa jodoh awal,  dan tiada masalah tentang wang. Hahaha.. Joking. Simpan nak melancong la...



ASSALAMUALAIKUM..

Wednesday, January 16, 2013

Semester baru semuanya baru

ASSALAMUALAIKUM...

Sebulan, hampir sebulan blog ni dibiarkan begitu saja. Teruk betul tuan blog nih. Pengabaian itu satu penderaan. =='

Wah, tahun ni semuanya baru. Tempat baru, bilik baru, rumet baru, basikal pun baru ooo... Overall, semuanya baru la. Tempat baru ni semuanya baru la kan, dah nama pun tempat baru. Kecuali kelasmate. Semua sama macam dulu cuma sem ni kami dah mula pecah sepenuhnya dengan Sains 2 
T______T

Sem ni jugak, tiada KLCC, tiada KFC dan tiada LCD dalam kelas. Memang susah la nak membentang. Eh, lupa nak kongsi azam tahun ni. Nak skor gred yang lebih baik memandangkan result kedua-dua sem lepas sangat hampeh. Syukur masih lulus. Tapi sem ni tiada sudah abang Epiey nak bimbing dalam pelajaran. Takpa, sem ni rasanya tak susah sangat.


Tahun ni juga kena lebih berjimat. Elaun kan kena potong hampir 20%. Dengan bawak kereta lagi... belanja 2X~ Cinta datang dan pergi, begitu juga dengan duit.. habis, nanti duit masuk balik. Makan kat sini memang terbaik (Murah dan sedap). Tapi kalau makan di kafe, elakkan dari membayar kat sorang makcik ni. Memang makanan tiba-tiba jadi mahal. 

Banyak program untuk tahun ni. Cuma menunggu elaun untuk buat semua tu. Nanti tunggu entry lepas ni baru saya kongsikan.


ASSALAMUALAIKUM....