Friday, December 07, 2012

Permainan masa kecik

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Kecik-kecik dulu kan, takdak la macam bebudak zaman sekarang ni. Sikit-sikit ipad. Ada duit beli PSP. Zaman kami dulu tak payah pakai duit pun boleh hilang boring. Bak kata spongebob dalam episod apa entah, yang penting mesti ada 'IMAGINASIIIII'....
 
 
Antaranya :-
 
 
  1. Main rumah hantu. Ni susah sikit. Mesti ada satu bilik. Kalau bilik tu panjang lagi bagus. Dalam masa 1 jam, kami akan hias bagi ada suasana berhantu. Pakat balut bantal dengan selimut bagi nampak macam mayat. Hihi. Lepas tu, gantung kain putih dekat depan pintu. Kalau nak bagi terkejut, sembunyi la belakang pintu.
  2. Buat khemah. Ni pun bes. Selalu main dengan kakak. Ambil selimut yang besar dan tali rafia(tali apa pun boleh). Kemudian ikat tali mengikut kreativiti masing-masing. Selalunya ikat di tingkap. Lepas tu bila dah jadi macam penyidai, sidai la selimut. Ambik bucu selimut ikat pulak kat mana-mana yang sesuai. Last sekali, hias mengikut cita rasa masing-masing. Yang besnya, punya la panas tidur dalam khemah malam-malam. Akhirnya terpaksa jugak tidur luar. Hehe...
  3. Main patung. Eh, bukan barbie ok? Tu permainan pompuan. Ni patung pokemon. Tikam seringgit punya, komfem dapat. Dulu kaki tikam ni. Duit syiling RM1 memang laku la time tu. Main macam mana? Jeng jeng jeng.... Kat tepi rumah ada banyak pasir. Buat bukit kemudian jadilah POKEMON KINGDOM. Pakat-pakat main dengan sepupu sorang kawal dua pokemon.



  4. Gulung tilam. Ni bukan sekadar gulung biasa-biasa. Gulung orang dalam tilam. Lepas tu cuba bangun sampai boleh dengan keadaan tilam digulung. Jadi macam 'the mummy' la. Lepas tu lawan tolak sampai sorang jatuh. Hoho...
  5. Main kayu balak. Ni agak simple la. Mesti ada tiga orang. Sorang jadi balak, yang dua lagi tolak. Balak ni mesti berlakon jadi keras, tak boleh lembik-lembik macam sotong. Permainan ini juga boleh menguji sejauh mana rakan kita tu boleh dipercayai.
Kalau diingat lagi, memang banyak yang kami main masa kecik-kecik dulu. Nanti la cuba ingat balik.
 
 
ASSALAMUALAIKUM...




No comments: