Saturday, December 15, 2012

Kursus Kahwin

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Kursus kawin, hampa pernah pi? Kalau belum, daftarla di HASANI. RM80, dapat sarapan percuma untuk 2 hari. Kursus kahwin ni bukan untuk orang yang gatai nak kawin ja. Boleh jugak pi kalau nak cari ilmu. Nak cari jodoh tu memang tak dapat la memandangkan yang pi sana semuanya dah 'bercincin'.
 
Jadi, saya nak berkongsi la sedikit pengalaman masa menghadiri kursus tersebut.
 
 
Lokasi : Hasani Sungai Petani
Tarikh : 9 dan 10 Disember 2012
 
 
Hari pertama
 
 
Saya datang seawal jam 8 pagi, dan mendaftar dahulu. Kami ada sedikit taklimat oleh kakak HASANI. Dia cerita pasai sarapan, pasai urusan sijil dan sebagainya.

Sarapan tu penting... roti telur la hendaknya..
Jam 9 baru la kuliah bermula. Tajuknya PENGURUSAN SUMBER KELUARGA dan HUBUNGAN DALAM KELUARGA. Disampaikan oleh Tn Syeikh Roshidi. Beliau banyak berkongsi tentang tips kewangan dan juga aktiviti dalam keluarga. Kebahagiaan keluarga bergantung pada aspek tersebut. Kalau kewangan bermasalah, ia akan mengundang kepada pergolakan dalam perhubungan. Secara keseluruhan, Ustaz ni memang bes, suka buat lawak. Hilang mengantuk.
 
Jam 11 kami rehat. Disediakan sarapan di dewan makan. Maka berpusu-pusulah yang pergi mengambil makanan masing-masing. Ada juga yang tak pi makan, tapi pi jumpa tunang. Hamboih. Boleh kenyang ka? :3
 
 
Lepas tu kuliah disambung. Tajuk kali ni PERKHIDMATAN RUNDINGCARA dan PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK oleh Ustaz Zaferi. Ustaz ni banyak kongsi tentang pengalaman dia dalam menguruskan pasangan yang bermasalah. Tu yang bes tuh. Ada yang mai mengadu suami 'tokak' (gigit) kaki la. Adeh, banyak lagi rupanya masalah pelik-pelik yang berlaku dalam rumah tangga. Beliau juga membantu dalam menyelamatkan pasangan daripada bercerai.
 
Rehat yang seterusnya, lebih panjang. Kami diberi waktu untuk makan dan solat Zohor. Semua pakat bawak diri ke shopping mall sebelah. Ada KFC, ada MCD( Boikot!!!) dan kedai roti pun ada.
 
 
Bersambung ke slot terakhir bagi hari itu, kami dengar kuliah tentang PENGURUSAN KESIHATAN oleh Pn Zoyah, satu-satunya penceramah perempuan. Nampak tua dan membosankan. Betoi la orang cakap, "don't judge people by their appearance." Memang asyik tergelak-gelak ja kami dalam kelas. Hahaha... Banyak menyentuh tentang Biologi. Untungla siapa yang kos Sains~
 
Akhir sekali, ceramah oleh Ustaz Sobri, tentang AKIDAH. Beliau jugak ada ajaq tentang tajwid. Tapi oleh kerana ini kelas terakhir hari tersebut, memang fikiran melayang jauh la. =='
Tapi telinga masih mendengar okaiy~


Hari kedua

Adeh, sebab lambat sangat nak update pasai ni, dah lupa dah apa yang berlaku.


Pagi tu kami bertolak lambat sedikit, sebab takut awal sangat macam semalam. Pagi tu macam biasa bersarapan di kedai nasik kandaq. Kali ni makan roti bom la.

Kalau ikut jadual, pagi tu kelas IBADAH dan AKHLAK. Disampaikan oleh Tn Syeikh Ismi Anuar. Mula-mula sekali mesti dia tanya apa itu IBADAH? Oleh sebab dulu dah belajaq, dengan beraninya saya melantangkan suara menjawab soalan beliau. Ibadah = abdi. Mengabdikan diri kepada Allah la kannn? Lebih tepat lagi, mengabdikan diri dengan tunduk dan rendah diri.

Lepas rehat pagi, kuliah disambung dengan PERKAHWINAN & PROSEDUR. Bab ni penting kot. Nak masak mesti tau step kan? Nak buat powerpoint pun ada step apatah lagi nak kawin. Disampaikan oleh Tn Syeikh Abdullah. Bes dak?? Kan dah habaq, semua penceramah dipilih dalam kalangan yang TERBAIK!! Gelak la memanjang. Dia juga kongsi dengan kami lafaz ijab dan qabul supaya kami boleh berlatih siap-siap. Saya siap tulis dengan nama calonnya sekali. Senang bila dah hafal. Hohoho...

"Aku terimalah nikahnya N************(opppsss, sensored) bagi diri aku dengan mas kahwin sebanyak **** tunai/hutang.


Kemudian, macam semalam kami rehat di Central Square. Solat kemudian makan kat restoran mini tingkat atas tu. Boleh tahan la masakan dia. Sedap dan murah cuma saya tak suka lokasi restoran tu.

Nasi goreng daging merah.. :D

Kuliah yang terakhir, bertajuk PEMBUBARAN PERKAHWINAN. Terkejut kami bila Ustaz yang masuk tu dah mengajaq semalam. Kena ganti kawan dia. Apa boleh buat la... dapat la Ustaz Zaferi. Eh, ok pa. Bes la Ustaz ni dengaq pengalaman dia tentang pasangan-pasangan yang bermasalah. Dia bagitau pasai talak. Jangan la talak selagi perkahwinan anda boleh diselamatkan. Anggapla tu cara terakhir.


Yang terakhir, LATIHAN DALAM KUMPULAN(LDK). Ada ujian nak habaq kat hampa. Kalau tak lulus memang tak dapat la sijil hampa nak kawin. Ada dalam 20 soalan kot. Kalau nak lulus, mesti skor 80/100. Ramai dah ni yang kandas. Terpaksa pi balik minggu depan, dengaq balik semua kuliah.


Oleh itu, saya nak pesan, buatla ulang kaji dahulu. Baca semua yang asas mengenai Islam. Biaq pun simple, ramai yang saya tengok tak dapat jawab. Buat malu kat tunang hampa ja, nak jaga anak orang, tapi yang asas pun taktau. ;P


Ni dia. Jeng..jeng...jenggg!!!
 
 
 
 Dapat sudah sijil kahwin. Uit, Jabatan Hal Ehwal Agama  Islam KEDAH?
Maksudnya kena kawin dengan orang KEDAH la? Aih, tak la. Ni boleh guna serata negeri. Nak kawin 4 pun boleh guna satu sijil.


ASSALAMUALAIKUM...
 

Friday, December 07, 2012

Permainan masa kecik

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Kecik-kecik dulu kan, takdak la macam bebudak zaman sekarang ni. Sikit-sikit ipad. Ada duit beli PSP. Zaman kami dulu tak payah pakai duit pun boleh hilang boring. Bak kata spongebob dalam episod apa entah, yang penting mesti ada 'IMAGINASIIIII'....
 
 
Antaranya :-
 
 
  1. Main rumah hantu. Ni susah sikit. Mesti ada satu bilik. Kalau bilik tu panjang lagi bagus. Dalam masa 1 jam, kami akan hias bagi ada suasana berhantu. Pakat balut bantal dengan selimut bagi nampak macam mayat. Hihi. Lepas tu, gantung kain putih dekat depan pintu. Kalau nak bagi terkejut, sembunyi la belakang pintu.
  2. Buat khemah. Ni pun bes. Selalu main dengan kakak. Ambil selimut yang besar dan tali rafia(tali apa pun boleh). Kemudian ikat tali mengikut kreativiti masing-masing. Selalunya ikat di tingkap. Lepas tu bila dah jadi macam penyidai, sidai la selimut. Ambik bucu selimut ikat pulak kat mana-mana yang sesuai. Last sekali, hias mengikut cita rasa masing-masing. Yang besnya, punya la panas tidur dalam khemah malam-malam. Akhirnya terpaksa jugak tidur luar. Hehe...
  3. Main patung. Eh, bukan barbie ok? Tu permainan pompuan. Ni patung pokemon. Tikam seringgit punya, komfem dapat. Dulu kaki tikam ni. Duit syiling RM1 memang laku la time tu. Main macam mana? Jeng jeng jeng.... Kat tepi rumah ada banyak pasir. Buat bukit kemudian jadilah POKEMON KINGDOM. Pakat-pakat main dengan sepupu sorang kawal dua pokemon.



  4. Gulung tilam. Ni bukan sekadar gulung biasa-biasa. Gulung orang dalam tilam. Lepas tu cuba bangun sampai boleh dengan keadaan tilam digulung. Jadi macam 'the mummy' la. Lepas tu lawan tolak sampai sorang jatuh. Hoho...
  5. Main kayu balak. Ni agak simple la. Mesti ada tiga orang. Sorang jadi balak, yang dua lagi tolak. Balak ni mesti berlakon jadi keras, tak boleh lembik-lembik macam sotong. Permainan ini juga boleh menguji sejauh mana rakan kita tu boleh dipercayai.
Kalau diingat lagi, memang banyak yang kami main masa kecik-kecik dulu. Nanti la cuba ingat balik.
 
 
ASSALAMUALAIKUM...




Saturday, December 01, 2012

Pelakon

ASSALAMUALAIKUM....
 
 
Sejak kecik lagi, memang selalu la berangan jadi hero dalam mana-mana filem. Sebab apa teringin sangat ni jadi hero? Sebab hero kan ada.....HEROINNN!!! Dah tu heroin(bukan ganja) cun-cun pulak. Opssss, kecuali cerita SHREK dan juga SKYFALL. Tapi bergantung jugak la. Ada heroin yang betoi-betoi buat saya jatuh cinta pandang pertama....awwww~
 
 
Chingmy Yau Suk-Ching
Dia ni banyak berlakon dalam filem stephen chow. Comey sangat!! Tapi sekarang ni komfem agak tua la... =='
Tapi masih my type of woman I like.. <3
 
Shin Min Ah
Jatuh cinta pandang pertama wei dengan cerita korea. My girlfren is a gumiho. Teruih  la cari pasai dia dekat internet. Seksi sangat~ Tapi boleh dididik...hehe... Lesung pipit dia paling sweet... Memang x jumpa lagi la pompuan Melayu cantik macam dia ni... aww~ kalau la boleh tag dia...hehe.. Sekarang ni baru sedaq saya punya taste mesti ada lesung pipit dan mata sepet... pssttt... in your dreamm zudien!!
 
Preity Zinta
Kalau pelakon hindustan plak, mestilah dia ni. Pun ada lesung pipit. Seronok dan jeles bila tengok dia berlakon dengan Salman Khan dalam filem apa ntah. Masa tu dia kena bermadu dengan Aishwarya Rai.
 
 
Kalau pelakon Melayu, rasanya memang takdak. Tapi insyaAllah dalam hidup saya ni, saya nak jadi hero kepada 'dia', iaitu isteri saya. Awww... gurauan semata-mata. Hehehe...
 
 
ASSALAMUALAIKUM..