Friday, November 23, 2012

Lelaki Soleh sebagai Suami

ASSALAMUALAIKUM....
 
 
Situasi 1 : Wei, muka aku ada jerawat wei... mana la ada laki mau kat aku...sob3...
 
Situasi 2 : Aku ni badan dah la besaq. Nanti kalau terhempap suami aku, mesti tulang dia patah 14..
 
Situasi 3 : Wuaaaaa.... aku ni dah la kemetot... nak tengok mata dia pun kena rabat kerusi...



Hey ladies, anda nak Laki yang Alim takkk?? sapa yang taknak. Kalau saya jadi pompuan pun nak. Hehe...
 
 Jadi bagaimana? Apa kriteria yang depa mau?? Apa yang depa selalu tengok kat pompuan???
Ok, tapi sebelum tu nak bagitau, ni bukan diambil daripada kajian sapa-sapa ataupun daripada buku mana-mana. Ni berdasarkan pengalaman sendiri, dan pendapat kawan-kawan yang Alim. Hehehe...
  
 
 
  1. Depa ni sebenaqnya, pantang Nampak pompuan tudung labuh. Labuh tu takdak la sampai ke lutut. Tapi macam saya sendiri, tertarik sungguh la bila  nampak pompuan tu pakai tudung yang tutup bahu. Lawaaaaa..... walaupun belum nampak muka.
    Amboi, kalau jumpa ni time tu gak masuk meminang... fuhhhh....
  2. Pompuan yang tidak bermekap tebal. Sebab nanti kecantikan pompuan tu mungkin terlindung disebabkan mekap. Kemungkinan juga menyebabkan pompuan tu Nampak makin huduh. Hehehe... Natural beauty la yang paling cantik..Asli daripada Allah.. :)
  3. Pompuan..eh, guna Wanita lagi sedap kot. Hehehe... Wanita yang menjaga pergaulannya sama ada dalam reality mahupun dalam laman social. Tidak duduk rapat bersebelahan dengan lelaki yang bukan mahram... Tidak keluar dengan lelaki sewenang-wenangnya. Dan dalam Facebook misalnya, tidak mengepost gambar-gambar sendiri... I don't like... taknak la nanti laki mana pi 'SAVE' gambar isteri I~
  4. Indah bahasanya ketika bercakap. Kami ni paling meluat kot wanita yang suka mencarut sini-sana. Hilang ayunya. Kalau bercakap lemah lembut kan lebih indah... Cair hati kami bila mendengar~
  5. Wanita yang sering menghadiri majlis-majlis ilmu. Bukannya wanita yang kaki wayang, kaki konsert terutamanya kpop nih. Hehe... pantang sungguh pompuan minat kpop. Kalau muka laki korea macam bangla rasanya masih berminat?? Kalau ada ceramah Ustaz Azhar idrus tu ka, pi la... kot-kot boleh jumpa calon suami kat situ... hehe...
  6. Wanita yang sering memberi nasihat. Tak kira la nasihat tentang apa. Wanita tu sentiasa memberi teguran kepada kawannya, dan sentiasa mengajak mereka kearah kebaikan. Ni susah nak jumpa. Bukan dok mengajak pi berjoging sebab nak cuci mata.


Kalau diikutkan, memang banyak lagi ciri-ciri wanita pilihan lelaki Soleh ni. Tapi sebagai lelaki, kami ni sebenaqnya tidaklah memilih sangat. Cukup sekadar dapat wanita yang  boleh dibimbing, dan sedia menerima bimbingan... Wallahualam...
 
 
ASSALAMUALAIKUM...

2 comments:

hetty said...

Wow, lelaki soleh.

Anonymous said...

거리는..