Wednesday, November 14, 2012

Kecurian

ASSALAMUALAIKUM..

Post yang ditunggu-tunggu sejak berlakunya kejadian lepas. Hari ni baru berkesempatan nak tulis memandangkan ana sudah ada teman baru. Hihihi. syukur Alhamdulillah...

Ceritanya macam ni. Waktu tu kami sedang menduduki paper terakhir sem ni. Balik saja tu, saya masuk bilik dengan Yassin, cabut cincin dan dengan selambanya letak tepi laptop. Tapi masa tu tak sedar laptop ada ka x. Kami pun keluar ke tandas untuk mengambil wudhu', bila masuk bilik balik saya, saya dapati henset yang saya letak atas kotak tak ada. Baru la saya cuba cari laptop. Tapi rupanya henset tu ada bawah baju. Yassin simpankan masa keluar ke tandas. Waktu tu, saya sedar yang laptop dan tab sudah pun dibawa lari beserta pengecas sekali. Oh My Allah!!! Terus cari rumet nak bagitau pasai ni. Mujur dompet dia selamat.

Lepas tu, saya solat Asar dan terus ke balai Polis untuk buat laporan. Macam biasa la, habis berjam di situ, tapi tiada langsung tindakan diambil. Balik tu baru saya telefon ayah. Hehehe... terkejut habis. Mula la kecoh lepas tu. Saya masih relaks lagi. Ya la, kalau menangis pun bukannya pencuri tu nak bagi balik. 


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: