Sunday, November 25, 2012

Hubungan

ASSALAMUALAIKUM..
 
 
Dalam semester ni saja, saya rasa banyak yang saya buat dah menyakiti beberapa pihak. Almaklumla, saya lebih mementingkan diri sendiri. Selalunya saya buat dulu, baru fikir semua kesannya. Kalau nak sebut satu-satu di sini, memang takkan habis la. Tapi saya menulis ni bukan nak mengungkit tentang benda-benda yang dah lepas.


Tapi setiap malam saya dihantui dengan masalah-masalah ni. Memang selalu tak boleh tidur, memikirkan bagaimana saya boleh memperbaiki kesilapan ini.
 
 
Jadi, insyaAllah... dalam minggu ini saya akan cuba perbaiki satu-satu, hubungan yang dah retak ni. Siapa yang rasa saya ada buat salah tu, nantikan ja la ye.... :D


Sori, ayah nak guna brodband... tak sempat nak tulis panjang-panjang... sayonara


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: