Wednesday, November 28, 2012

EXCITED

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Hampa mesti ada benda yang boleh buat hampa excited kan?? Sampai senyum selebar tayar 16 inci tak termasuk rim. Contohnya bila hampa dapat mesej dari si 'dia' ka?? Hihiew~
Dapat MC ka...pun bes...
 
 
 
Kalau saya kan....paling menggembirakan bila :-
 
  1. Bila naik moto atau kereta, takat minyak dok dekat 'F'. Lagi lebaq saya senyum kalau bukan saya yang isikan. Tapi sebaliknya bila minyak dok dekat 'E' walaupun semalam baru saya isi. Ni memang ramai la spesis reti guna tak reti isi balik.
  2. Dapat mesej daripada yang tersayang..iaitu 'HOTLINK GIFT'. Hehe...pernah sekali dulu dapat RM90 free.. sayangnya dorang kat saya,
  3. Dail *122# dan baki RM10++. Memang jarang la kan, memandangkan topup pun RM10 ja setiap kali.
  4. Akaun di ATM masih lagi berangka RM****.**
  5. Terjumpa duit dalam kocek sendiri walaupun memang duit tu duit sendiri.
  6. Terjumpa duit terselit dekat bahagian dompet. Terlupa ada simpan duit untuk kecemasan.
  7. Bangun pagi dan setelah diperiksa tiada jerawat baru yang muncul.
  8. Sempurna solat 5 waktu selepas Isya'...hehe...rasa tenang sebab dah laksanakan satu kewajipan sebagai hambaNya.
  9. Gembira bila mak cuti dan masak untuk kami. Memang kalau beliau masak waktu tu la saya jadi sangat berselera untuk makan..nyum3...
  10. Gembira bila dapat tau ada orang baca blog nih..hihi...
 
Sebenarnya, memang banyak perkara yang mengembirakan, sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Lagu mana tu?? Gembira dalam tidur sebab mimpi bes pun bolehh..
 
 
 
ASSALAMUALAIKUM

No comments: