Wednesday, November 28, 2012

EXCITED

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Hampa mesti ada benda yang boleh buat hampa excited kan?? Sampai senyum selebar tayar 16 inci tak termasuk rim. Contohnya bila hampa dapat mesej dari si 'dia' ka?? Hihiew~
Dapat MC ka...pun bes...
 
 
 
Kalau saya kan....paling menggembirakan bila :-
 
  1. Bila naik moto atau kereta, takat minyak dok dekat 'F'. Lagi lebaq saya senyum kalau bukan saya yang isikan. Tapi sebaliknya bila minyak dok dekat 'E' walaupun semalam baru saya isi. Ni memang ramai la spesis reti guna tak reti isi balik.
  2. Dapat mesej daripada yang tersayang..iaitu 'HOTLINK GIFT'. Hehe...pernah sekali dulu dapat RM90 free.. sayangnya dorang kat saya,
  3. Dail *122# dan baki RM10++. Memang jarang la kan, memandangkan topup pun RM10 ja setiap kali.
  4. Akaun di ATM masih lagi berangka RM****.**
  5. Terjumpa duit dalam kocek sendiri walaupun memang duit tu duit sendiri.
  6. Terjumpa duit terselit dekat bahagian dompet. Terlupa ada simpan duit untuk kecemasan.
  7. Bangun pagi dan setelah diperiksa tiada jerawat baru yang muncul.
  8. Sempurna solat 5 waktu selepas Isya'...hehe...rasa tenang sebab dah laksanakan satu kewajipan sebagai hambaNya.
  9. Gembira bila mak cuti dan masak untuk kami. Memang kalau beliau masak waktu tu la saya jadi sangat berselera untuk makan..nyum3...
  10. Gembira bila dapat tau ada orang baca blog nih..hihi...
 
Sebenarnya, memang banyak perkara yang mengembirakan, sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Lagu mana tu?? Gembira dalam tidur sebab mimpi bes pun bolehh..
 
 
 
ASSALAMUALAIKUM

Sunday, November 25, 2012

Hubungan

ASSALAMUALAIKUM..
 
 
Dalam semester ni saja, saya rasa banyak yang saya buat dah menyakiti beberapa pihak. Almaklumla, saya lebih mementingkan diri sendiri. Selalunya saya buat dulu, baru fikir semua kesannya. Kalau nak sebut satu-satu di sini, memang takkan habis la. Tapi saya menulis ni bukan nak mengungkit tentang benda-benda yang dah lepas.


Tapi setiap malam saya dihantui dengan masalah-masalah ni. Memang selalu tak boleh tidur, memikirkan bagaimana saya boleh memperbaiki kesilapan ini.
 
 
Jadi, insyaAllah... dalam minggu ini saya akan cuba perbaiki satu-satu, hubungan yang dah retak ni. Siapa yang rasa saya ada buat salah tu, nantikan ja la ye.... :D


Sori, ayah nak guna brodband... tak sempat nak tulis panjang-panjang... sayonara


ASSALAMUALAIKUM...

Friday, November 23, 2012

Lelaki Soleh sebagai Suami

ASSALAMUALAIKUM....
 
 
Situasi 1 : Wei, muka aku ada jerawat wei... mana la ada laki mau kat aku...sob3...
 
Situasi 2 : Aku ni badan dah la besaq. Nanti kalau terhempap suami aku, mesti tulang dia patah 14..
 
Situasi 3 : Wuaaaaa.... aku ni dah la kemetot... nak tengok mata dia pun kena rabat kerusi...



Hey ladies, anda nak Laki yang Alim takkk?? sapa yang taknak. Kalau saya jadi pompuan pun nak. Hehe...
 
 Jadi bagaimana? Apa kriteria yang depa mau?? Apa yang depa selalu tengok kat pompuan???
Ok, tapi sebelum tu nak bagitau, ni bukan diambil daripada kajian sapa-sapa ataupun daripada buku mana-mana. Ni berdasarkan pengalaman sendiri, dan pendapat kawan-kawan yang Alim. Hehehe...
  
 
 
  1. Depa ni sebenaqnya, pantang Nampak pompuan tudung labuh. Labuh tu takdak la sampai ke lutut. Tapi macam saya sendiri, tertarik sungguh la bila  nampak pompuan tu pakai tudung yang tutup bahu. Lawaaaaa..... walaupun belum nampak muka.
    Amboi, kalau jumpa ni time tu gak masuk meminang... fuhhhh....
  2. Pompuan yang tidak bermekap tebal. Sebab nanti kecantikan pompuan tu mungkin terlindung disebabkan mekap. Kemungkinan juga menyebabkan pompuan tu Nampak makin huduh. Hehehe... Natural beauty la yang paling cantik..Asli daripada Allah.. :)
  3. Pompuan..eh, guna Wanita lagi sedap kot. Hehehe... Wanita yang menjaga pergaulannya sama ada dalam reality mahupun dalam laman social. Tidak duduk rapat bersebelahan dengan lelaki yang bukan mahram... Tidak keluar dengan lelaki sewenang-wenangnya. Dan dalam Facebook misalnya, tidak mengepost gambar-gambar sendiri... I don't like... taknak la nanti laki mana pi 'SAVE' gambar isteri I~
  4. Indah bahasanya ketika bercakap. Kami ni paling meluat kot wanita yang suka mencarut sini-sana. Hilang ayunya. Kalau bercakap lemah lembut kan lebih indah... Cair hati kami bila mendengar~
  5. Wanita yang sering menghadiri majlis-majlis ilmu. Bukannya wanita yang kaki wayang, kaki konsert terutamanya kpop nih. Hehe... pantang sungguh pompuan minat kpop. Kalau muka laki korea macam bangla rasanya masih berminat?? Kalau ada ceramah Ustaz Azhar idrus tu ka, pi la... kot-kot boleh jumpa calon suami kat situ... hehe...
  6. Wanita yang sering memberi nasihat. Tak kira la nasihat tentang apa. Wanita tu sentiasa memberi teguran kepada kawannya, dan sentiasa mengajak mereka kearah kebaikan. Ni susah nak jumpa. Bukan dok mengajak pi berjoging sebab nak cuci mata.


Kalau diikutkan, memang banyak lagi ciri-ciri wanita pilihan lelaki Soleh ni. Tapi sebagai lelaki, kami ni sebenaqnya tidaklah memilih sangat. Cukup sekadar dapat wanita yang  boleh dibimbing, dan sedia menerima bimbingan... Wallahualam...
 
 
ASSALAMUALAIKUM...

Monday, November 19, 2012

Sejarah semester 1

ASSALAMUALAIKUM...

Ok, kali ni nak sambung kenangan yang lepas, iaitu pada semester 1 yang lalu. Kali ni bilangan ahli kelas dah bertambah. 21 jadi 28. Ramai kan?? Sampaikan kami dipecah kepada dua kelas. Memang sakit hati dengan pengurusan. Sob3... Berjauhan dengan bestie... dengan geng beresemen... huhu...

Pertama kali ni kami karaoke bersama. Semuanya bermula dengan saya. Hehehe...rasa bersalah pulak bawak dorang menyanyi

Masa ni Ardie jatuh sakit... kitew teman dye sampai balik....  eh, silap. Nie masew claim cas hospital. Dye  blanjew kitew makan KFC~

Operate tikuih...hihi...x comel pown... busuk kot...

Ni untuk projek kami... cantik kannn

Pameran...akhirnya, setelah berbulan-bulan stress, kena marah sini sana... akhirnya... :')


Hihi... kami lawan pecahkan belon..


Puan Haslinah yang belanja nih~ Sebab menjayakan pameran....dan seminar.. tgok la sapa pengerusi...hehe... Me and Ooi~


Lawatan ke Pusat Sains Negara... paling banyak kenangan... :')

Comel... <3


Ni la yang paling tak boleh lupa... hihi... dia tengok tepat tuhhh.. tapi sayang, dia tak panggil kitew naik pentas untuk buat show dengan dia... :(
Kitew kan cameraman...

My sleeping beauty... mmmuaaaahhhh!! Kodi marah dah..hehe

Inilah pembunuhnya..

Ni masa seminar..


Ooooii, bangganya dia~



Makan sebelum present~

20 kali tengok pun masih gelak lagi. HAHAHAHAHAHA!!

Mak cik zunny, hanya tinggal kenangan~ Sekarang dah Mama Zunny~ 

1PISMP SAINS!!!

Saturday, November 17, 2012

Rindu


ASSALAMUALAIKUM...

Dah hampir dua minggu, IPTEK menjadi kenangan. Apa yang dirindukan bukanlah blok-blok bangunan, ataupun makanan-makanan yang pernah dimakan di sana. Tapi apa yang saya rindukan ialah 'hidup' di sana. Banyak kenangan yang saya tinggalkan, ada suka...ada duka... ada cuka...ada cuak....hehe...
Banyak gambar yang sudahpun hilang gambar-gambar tu la yang menjadi bukti kami pernah menjadi student di situ, dan juga pengalaman menjadi warga KL~ 


Sebenaqnya, yang paling dirindukan ialah  kawan-kawan saya. Saya tak pernah anggap dorang kawan. Tapi saya anggap sebagai saudara. Ya la, makan skali, mandi sekali tapi asing-asing, tidoq skali, solat pun skali. 

Semester 3. Waktu besday Syerah~ Nampok tu kat belakangggg??? Cer teka sapa?? Hehe...Macam biasa, Ooi mesti pakai kasut sukan dia... Sangat kemas

Semester 3. Sambutan Raya. Errrrr... macam teringat something... Waktu ni kali terakhir saya pakai baju pink tu. 

Semester 1- Semester ni memang tak nampak dah la macam ni... pakat-pakat kena asing kelas... T_T
Seriusly, 100% benci kena pisah kelas...
Semester 3- Pakat-pakat menunggu bas... sebelum sunburn demi negara
Excited wei... lama tak naik buaian...hehe
Ni entah napa tiba-tiba gatai nak pakai spek taktau... tapi nampak la tua sikit..ada la tua dalam 3 bulan... Haih, tak matang sungguh... =='
Open house, rumah ibu Haslinah...hehe... Puan Haslinah sebenaqnya, dah macam mak sendiri pulak. Belanja kami makan macam-macam
Berat badan tahun lepas, tinggi tu kelentong ja... pakai lazer kan... patutnya 164-165 ja. Berat tu Alhamdulillah, tahun ni nampak la peningkatan... :)

Semester 3 - Waktu ni masing-masing mempamerkan hasil projek KKBI... Yah...rindu sangat...rindu baju tu. Entah sapa yang rembat... Masa ni pakat-pakat tak matang lagi...hihi

 Oopppsss, semua gambaq tahun lepas ja nih?? Hehe... yang tahun ni punya, saya update kemudian ye...


ASSALAMUALAIKUM...




Wednesday, November 14, 2012

Kecurian

ASSALAMUALAIKUM..

Post yang ditunggu-tunggu sejak berlakunya kejadian lepas. Hari ni baru berkesempatan nak tulis memandangkan ana sudah ada teman baru. Hihihi. syukur Alhamdulillah...

Ceritanya macam ni. Waktu tu kami sedang menduduki paper terakhir sem ni. Balik saja tu, saya masuk bilik dengan Yassin, cabut cincin dan dengan selambanya letak tepi laptop. Tapi masa tu tak sedar laptop ada ka x. Kami pun keluar ke tandas untuk mengambil wudhu', bila masuk bilik balik saya, saya dapati henset yang saya letak atas kotak tak ada. Baru la saya cuba cari laptop. Tapi rupanya henset tu ada bawah baju. Yassin simpankan masa keluar ke tandas. Waktu tu, saya sedar yang laptop dan tab sudah pun dibawa lari beserta pengecas sekali. Oh My Allah!!! Terus cari rumet nak bagitau pasai ni. Mujur dompet dia selamat.

Lepas tu, saya solat Asar dan terus ke balai Polis untuk buat laporan. Macam biasa la, habis berjam di situ, tapi tiada langsung tindakan diambil. Balik tu baru saya telefon ayah. Hehehe... terkejut habis. Mula la kecoh lepas tu. Saya masih relaks lagi. Ya la, kalau menangis pun bukannya pencuri tu nak bagi balik. 


ASSALAMUALAIKUM...